awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas tiga kegiatan lombong kripto bernilai lebih RM60,000

Bernama
Bernama
03/03/2022
07:40 MYT
Polis tumpas tiga kegiatan lombong kripto bernilai lebih RM60,000
ACP Cha Hoong Fong (tengah) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini. - Bernama
SHAH ALAM: Polis menumpaskan tiga kegiatan perlombongan mata wang kripto bitcoin yang beroperasi secara haram di sekitar Bandar Puteri dan Bayu Perdana, dekat sini yang dianggarkan rampasan bernilai RM65,000.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata kejayaan itu hasil operasi bersepadu bersama Majlis Perbandaran Klang dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang bermula pada 1 Mac hingga semalam.
Beliau berkata menerusi operasi itu, polis telah membongkar kegiatan tiga premis yang telah dijadikan sebagai lokasi melombong bitcoin, dan melakukan tangkapan ke atas 12 suspek berusia antara 18 dan 45 tahun.
"Dalam operasi tersebut kita juga berjaya merampas 155 unit mesin bitcoin, 37 unit 'power supply', tiga unit monitor, tiga komputer, penghala dan modem.
"Semakan rekod jenayah tujuh daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, di mana seorang daripada mereka mempunyai empat rekod jenayah di bawah Seksyen 420, 295, 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Klang Selatan, Klang, hari ini.
Menurutnya, berdasarkan siasatan setiap premis di tingkat atas pusat komersial itu disewa pada kadar antara RM800 dan RM1,500 sebulan.
"Mereka kemudiannya telah mengubahsuai dalam memasang mesin bitcoin dan kelengkapan komputer bagi aktiviti perlombongan mata wang kripto Bitcoin.
"Dalam semua kes berkenaan didapati TNB telah mengesahkan mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM60,000," katanya.
Mengulas mengenai sama ada penyambungan boleh dikesan awal oleh pembaca meter, Cha mengesahkan perkara itu, namun siasatan lanjut masih dilakukan sama wujud unsur subahat antara pembaca meter dan kumpulan suspek.
"Polis juga mengalu-alukan kerjasama orang awam menyalurkan maklumat mengenai kegiatan itu dan boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33719999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Kesemua kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 427 kanun sama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong kripto
#polis
#Bitcoin
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan