MALAYSIA
Polis tumpaskan sindiket edar dadah, rampas ganja lebih RM500,000
Fadil berkata dadah yang dirampas mampu menampung keperluan kira-kira 37,000 penagih. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Lembah Klang hasil penahanan dua individu serta rampasan dadah bernilai lebih setengah juta ringgit dalam serbuan di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, di sini, Sabtu lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata hasil risikan dan maklumat orang awam, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu lokasi berkenaan dan menahan seorang lelaki serta seorang wanita masing-masing berusia 47 dan 56 tahun.
"Serbuan dijalankan pada 3.30 petang dan hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta Proton Exora yang dinaiki suspek, polis menemukan bahan disyaki ganja seberat 18.5 kilogram dianggarkan bernilai RM553,500," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang dipercayai aktif sejak Ogos lepas menjadikan kawasan tempat letak kereta kondominium berkenaan sebagai lokasi transaksi bagi mengaburi kegiatan mereka daripada pihak berkuasa.
Menurutnya, sindiket itu menjalankan kegiatan pengedaran di sekitar Lembah Klang dan dadah yang dirampas dianggarkan mampu menampung keperluan kira-kira 37,000 penagih.
Fadil berkata hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah, namun semakan rekod menunjukkan suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1955.
"Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula 26 hingga 31 Okt ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan," katanya.
Selain rampasan dadah, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM250 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM), tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran, pemilikan atau perlindungan kegiatan dadah.
Orang ramai diseru menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui talian hotline JSJN di 012-208 7222, katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dengan penahanan dua individu dan rampasan ganja seberat 18.5 kilogram bernilai RM553,500 dalam serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Klang Lama.
- Sindiket yang dipercayai aktif sejak Ogos lalu menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat transaksi, dengan dadah yang dirampas mampu menampung keperluan kira-kira 37,000 penagih. Suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau.
- Kedua-dua suspek direman enam hari bagi siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala wang tunai RM250 turut disita. PDRM menyeru orang ramai menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN.