awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpaskan sindiket kereta klon bernilai RM3.5 juta

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2021
07:37 MYT
Polis tumpaskan sindiket kereta klon bernilai RM3.5 juta
Serbuan di lima negeri terbabit menemui 19 buah kenderaan pelbagai jenama disyaki telah diubah suai nombor casisnya dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM3.5 juta. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur berjaya melumpuhkan satu sindiket menjual kereta klon yang dipercayai aktif di sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Perak.

Ia susulan penangkapan ke atas enam lelaki warga tempatan berusia antara 22 hingga 42 tahun dalam beberapa siri serbuan pada 2 Februari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kegiatan mereka dikesan hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur dengan menyerbu sebuah premis menjual kereta terpakai di Cheras.

Serbuan di lima negeri terbabit menemui 19 buah kenderaan pelbagai jenama disyaki telah diubah suai nombor casisnya dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM3.5 juta.

Modus operandi sindiket terbabit termasuk dengan mendapatkan kereta yang lari dari syarikat pemberi hutang, kereta yang dicuri atau kereta dari negara jiran, Singapura.

Nombor casis kenderaan berkenaan kemudiannya diubah suai berdasarkan butiran kereta yang telah diisytiharkan total loss.

Butiran kereta total loss ini diperolehi daripada rakan sejenayah lain melalui laman web.

Geran asal kenderaan total loss juga akan dikeluarkan dengan bantuan orang dalam di agensi berkaitan.

Sindiket kemudiannya menjual kereta terbabit di pasaran gelap dengan harga sekitar RM100,000 bergantung kepada spesifikasi kenderaan.

Semakan juga mendapati 16 buah kenderaan yang dirampas adalah disahkan telah ditukar nombor casis.

Sembilan lagi dilaporkan mempunyai rekod hilang.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379a Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#kereta klon
#curi kereta
#casis
#Ketua Polis Kuala Lumpur
#Saiful Azly Kamaruddin
#sindiket curi kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan