awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpaskan sindiket pengedaran 320kg syabu bernilai RM11.5 juta

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2022
03:12 MYT
Polis tumpaskan sindiket pengedaran 320kg syabu bernilai RM11.5 juta
Datuk Yahaya Othman berkata, serbuan ke atas sebuah rumah yang merupakan stor simpanan dadah di kawasan Setiawangsa, Kuala Lumpur berjaya menangkap dua lelaki bersama 13 guni berisi bungkusan teh China Guanyingwang disyaki dadah jenis syabu.
KUALA LUMPUR : Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Kuala Lumpur menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan 320 kilogram syabu bernilai RM11.5 juta.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, serbuan ke atas sebuah rumah yang merupakan stor simpanan dadah di kawasan Setiawangsa, di sini, berjaya menangkap dua lelaki bersama 13 guni berisi bungkusan teh China Guanyingwang berwarna kuning keemasan dan hijau disyaki dadah jenis syabu seberat 320 kilogram bernilai RM11.5 juta pasaran semasa.
Menurut beliau, JSJN pada 24 Disember lalu telah melancarkan Op Lambkin ke atas sindiket pengedaran dadah yang telah bergiat aktif sejak September 2022.
"Operasi ini telah berjaya membongkar satu simpanan dadah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.
Katanya, suspek pertama berusia 29 tahun bekerja sebagai jurujual kereta dan mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah dan kes curi.
Manakala, suspek kedua berusia 34 tahun, bekerja sebagai jurujual atas talian dan mempunyai empat rekod jenayah termasuk 3 kes dadah.
Menurut Yahaya, hasil ujian kencing mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah.
Polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios dianggarkan bernilai RM20,800.
Kedua-dua suspek direman selama 7 hari bermula 25 hingga 31 Disember ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#sindiket
#Dadah
#Polis Diraja Malaysia
#Yahaya Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan