MALAYSIA
Polis tunggu laporan bedah siasat kedua kes Syamsul Haris
Mohd Khalid berkata, pihaknya hanya akan merujuk kepada laporan bertulis daripada hospital dan tidak mahu mendahului mana-mana pihak.
KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat kedua berhubung kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya hanya akan merujuk kepada laporan bertulis daripada hospital dan tidak mahu mendahului mana-mana pihak.
“Kita menunggu keputusan bertulis (laporan bedah siasat kedua). Itu yang terbaik. Jadi saya tidak mahu mendahului mana-mana pihak.
“Kita percaya pihak hospital mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam isu ini dan saya menyeru rakyat Malaysia supaya terbuka menerima apa juga keputusan yang dikeluarkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Polis ke-218 di Bukit Aman, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, dua prosedur bedah siasat dijalankan, masing-masing di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sebuah hospital di Johor Bahru.
Bedah siasat kedua ke atas Syamsul Haris, 22, dijalankan di HKL akhir Ogos lalu selepas mahkamah membenarkan permohonan keluarga untuk menggali semula kubur jenazah. Proses itu disertai beberapa pakar forensik termasuk wakil keluarga.
Peguam keluarga Allahyarham, Datuk Naran Singh, dilapor berkata, laporan penuh bedah siasat dijangka diketahui dalam tempoh tiga bulan.
Sebelum ini, ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, mengemukakan permohonan bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan serta mencadangkan prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian anaknya.
Syamsul Haris dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi, ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram.
Laporan awal sebelum ini didakwa menemukan beberapa kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa, dan keluarga menuntut inkues diadakan sekiranya perlu untuk merungkai punca sebenar kematian.
Ringkasan AI
- Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat kedua yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur selepas mahkamah membenarkan permohonan keluarga untuk menggali semula kubur jenazah bagi siasatan lanjut.
- Ketua Polis Negara menegaskan pihaknya tidak akan mendahului mana-mana pihak dan hanya akan merujuk kepada laporan bertulis hospital, sambil menyeru orang ramai agar terbuka menerima keputusan yang dikeluarkan.
- Laporan awal mendapati terdapat kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa, dan keluarga menuntut agar prosiding inkues diadakan untuk merungkai punca sebenar kematian semasa latihan PALAPES di PULADA, Ulu Tiram.