awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ucap terima kasih walau ada langgar peraturan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
01/05/2014
11:53 MYT
Polis ucap terima kasih walau ada langgar peraturan
Polis Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sikap toleransi dan bekerjasama mereka semasa perhimpuan aman membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun ada yang melanggar syarat ditetapkan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, keadaan kembali seperti biasa selepas peserta beredar kita-kira pukul 5.30 petang.
“Malah kawasan yang dipenuhi peserta perhimpunan juga berada dalam keadaan terkawal selepas peserta beredar,”
“Walaupun terdapat insiden kecil melibatkan tolak menolak antara peserta namun keadaan masih terkawal,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media lewat petang Khamis.
Bagaimanpun polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.
Beliau dalam masa sama turut dinasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga menganggu ketenteraman dan keselamatan orang ramai.
Pada Rabu, pihak polis membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan secara aman setelah mengadakan pertemuan sebanyak empat kali dengan penganjur dengan syarat tertentu.
Antara syarat tersebut ialah tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, pembesar suara dan senjata ketika perhimpunan sedang berlangsung.
Peserta juga tidak dibenarkan sama sekali berkumpul dan masuk dalam padang dan podium di Dataran Merdeka kerana kawasan itu sedang dinaik taraf dan hanya dibenarkan berkumpul di sekitar Dataran Merdeka sahaja.
Bagaimanapun berdasarkan pemerhatian terdapat peserta yang melanggar yang syarat ditetapkan seperti membawa kanak-kanak dan pembesar suara.
Anggota keselamatan juga dilihat tidak menghalang peserta dari berkumpul dan hanya berkawal di hadapan Dataran Merdeka agar peserta tidak memasuki kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#BantahGST
#Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan