NATIONAL
Polis yakin Pamela Ling masih hidup, berada di Malaysia

Pamela dilaporkan hilang ketika menaiki perkhidmatan e-panggilan menuju ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis percaya Datin Seri Pamela Ling Yueh yang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu masih lagi hidup.
Ringkasan AI
- Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Isa, menyatakan keyakinannya bahawa Datin Seri Pamela Ling Yueh masih hidup, walaupun telah hilang sejak 9 April.
- Semakan dengan Jabatan Imigresen menunjukkan bahawa kali terakhir Pamela keluar dari Malaysia adalah ke Singapura pada Januari, dan tiada rekod pergerakan keluar secara sah selepas itu.
- Pamela dilaporkan hilang ketika menaiki perkhidmatan e-panggilan menuju ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan, dengan laporan polis dibuat pada hari yang sama.
Sementara itu berdasarkan semakan dengan Jabatan Imigresen, kata beliau, tiada sebarang rekod menunjukkan berlakunya pergerakan keluar dari negara.
"Kali terakhir dia keluar dari negara adalah ke Singapura pada bulan Januari. Sehingga kini, tiada rekod pergerakan keluar menggunakan saluran sah. Tapi kita kena ingat, ada yang keluar guna pasport, ada juga yang keluar melalui saluran tidak sah.
"Apa pun, merujuk kepada data rasmi Jabatan Imigresen, dia masih berada di dalam negara," ujarnya lagi.
Dalam pada itu dalam perkambangan sama, Rusdi memberitahu, lakaran wajah salah seorang daripada suspek yang dipercayai terbabit kes penculikan itu.
Bagaimanapun katanya, kualiti lakaran wajah suspek terbabit hanya ketepatan 40 peratus.
"Setakat ini, ia tidak membantu kita (polis) kerana kualitinya dalam 40 peratus jadi kita simpan dulu.
"Mungkin jika tak ada sebarang perkembangan, mahu atau tidak, kita perlu juga siarkan fotofit itu," ujarnya.
Pada masa sama, ujarnya, polis berkemungkinan akan memanggil tiga anak mangsa dan beberapa individu lain di Singapura, bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita itu.
Bagi memudahkan siasatan berkenaan kata beliau, proses rakaman percakapan saksi yang berada di Singapura, dijangka dilakukan di Johor atau pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Menurutnya, kaedah itu akan digunakan untuk merakam percakapan anak Pamela dan individu lain sekiranya perlu.
Pada 9 April, Ling, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan, untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan dan polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari yang sama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami