PUTRAJAYA: Malaysia tidak boleh terus dibelenggu politik yang terumbang-ambing, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang dilantik sebagai Perdana Menteri sementara atau caretaker oleh Yang di-Pertuan Agong berkata, ketiadaan majoriti dalam parti politik menyumbang kepada keadaan sebegitu.
Jelasnya, sekiranya selepas ini beliau menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri, dengan bilangan sokongan hampir sama, perebutan kerusi akan berterusan berlaku.
“Kalau saya tawarkan diri saya pun, bilangannya masih sama, takkan nak lihat negara akan terus terumbang-ambing. Lepas itu, ada sekali lagi, satu kali lagi.
“Kalau pilih lain mungkin ada dua atau tiga majoriti tapi saya dulu ada empat ke lima majoriti tapi kalau dengan keadaan seperti ini (majoriti tipis) lagi, ia akan ulang sekali lagi.
“Negara tak boleh lagi tertahan dengan situasi politik yang terumbang-ambing,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Perutusan Khas di sini semalam.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan, sebelum ini tiada pihak mempunyai majoriti lebih besar daripadanya meskipun ada yang mendakwa sudah mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.
“Pernah satu ketika Ahli Parlimen pergi dan kata dan ‘convincing and formidable’ tapi tak dengar pula sekarang ‘convincing and formidable’ itu.
“Kerana saya tahu, kita orang politik, kita ada maklumat. Tiada satu pun pihak yang mempunyai majoriti lebih besar daripada saya.
“Tetapi apa pun, sekarang proses dan prosedur pelantikan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Dalam Perlembagaan, Agong hendaklah mencari Perdana Menteri baru mengikut cara difikirkan sesuai,” ujarnya.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara, susulan peletakan jawatan itu, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Al-Sultan Abdullah turut bertitah, pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 bukan jalan terbaik kerana faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat negara ini.
Ridauddin Daud
Mon Aug 16 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika tiba di perkarangan Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam. - Gambar fail/ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.