"Politik pengusiran" merupakan halangan utama yang menunjangi isu Palestin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu seminar tentang Palestin di sini pada Jumaat.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan bahawa Palestin menjadi isu yang terus diperjuangkan dengan penuh keazaman, bukan sahaja oleh negara Islam, tetapi juga mereka yang rindukan keadilan serta tertegaknya hak asasi manusia.
"Tanah saya diambil, rumah saya dimusnahkan, anak-anak saya tidak mempunyai pendidikan dan saya tidak ada tempat untuk berteduh di tanah air sendiri. Inilah yang menjadi isu Palestin. Ia adalah isu pengusiran, apa yang anda miliki, dirampas," kata Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.
'Seminar Antarabangsa Mengenai Palestin: Masa Lalu, Masa Kini dan Masa Depan' yang berlangsung di Chulalongkorn University itu adalah anjuran Institut Pengajian Asia universiti berkenaan.
Anwar berkata beliau kecewa kerana pada era di mana setiap orang bercakap tentang demokrasi, kemanusiaan dan kebebasan, ada manusia yang gagal memahami prinsip asas berkaitan perkara yang berhak dinikmati dengan sepenuhnya oleh manusia.
Menurut beliau, semua manusia perlu dihormati dan hak mereka wajib dipertahankan, tidak kiralah sama ada mereka beragama Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya.
"Tidak kiralah apa pun, semua manusia perlu dihormati dan hak mereka mesti dipertahankan," katanya sambil menegaskan bahawa kuasa besar dunia, yang beliau tidak sebut negara mana, bersubahat dalam memburukkan lagi nasib rakyat Palestin.
Kuasa besar dunia, kata Anwar, "tidak peduli tentang keamanan atau keadilan", tetapi "apa yang mereka ambil peduli ialah tentang minyak."
Reaksi seluruh dunia terhadap isu Palestin, kata beliau, seolah-oleh mati akibat sikap yang wujud sekarang iaitu "sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi".
Anwar, yang terkenal sebagai tokoh yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin, berkata beliau tidak nampak wujud sebarang harapan dalam tempoh terdekat bagi menamatkan penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas.
Beralih kepada perkara yang lebih hampir dengan rantau ini, beliau meminta negara anggota ASEAN bangun dan turut beri perhatian berhubung isu yang melibatkan nasib masyarakat Rohingya.
Beliau meminta agar negara di rantau ini mengambil pendirian lebih tegas tentang isu itu dan usah bersikap "membisu".
Bekas timbalan perdana menteri itu juga berkata, sebelum ini beliau menyokong Aung San Suu Kyi iaitu ketika pemimpin prodemokrasi Myanmar itu menjadi mangsa penindasan kerajaan tentera negaranya.
Anwar juga menyentuh tentang hal ehwal di Malaysia dengan berkata beliau mahu Malaysia berubah menjadi sebuah negara yang bersemangat dan bertenaga, demokratik, progresif, di mana orang Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain hidup sebagai suatu keluarga besar.
Anwar juga menyebut tentang aspirasinya untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah dan ketidakadilan terhadap sesiapa jua.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 23 2018
Anwar (empat, kanan) bergambar semasa menghadiri 'Seminar Antarabangsa Mengenai Palestin: Masa Lalu, Masa Kini dan Masa Depan' di Chulalongkorn University, Bangkok, 23 Nov, 2018. -- fotoBERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.