MALAYSIA
Pondan disyaki serang lelaki guna pisau pemotong daging direman
Lelaki berusia 36 tahun itu direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Melaka pada Selasa. -Sinar Harian
MELAKA: Seorang pemuda berperwatakan wanita direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana didakwa mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pemotong daging.
Ringkasan AI
Perintah reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman hingga Jumaat ini.
Sumber berkata, suspek yang memakai pakaian wanita ketika kejadian itu secara tiba-tiba menyerang mangsa seorang lelaki tempatan berusia 40-an dari arah belakang pada Ahad lalu.
"Kejadian berlaku di Jalan Melaka Raya, Banda Hilir di sini kira-kira jam 2 petang.
"Ketika itu suspek yang bersenjatakan pisau pemotong daging datang dari arah belakang dan menetak mangsa menyebabkan lelaki terbabit cedera," katanya.
Ujarnya, selepas insiden itu suspek kemudian berlari ke Balai Polis Banda Hilir dan memaklumkan apa yang berlaku sebelum anggota polis menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan terhadap mangsa.
Katanya, polis kemudiannya telah menahan suspek yang berasal dari Kuala Lumpur itu di lokasi kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin untuk reman.
"Mangsa kini dilaporkan stabil namun masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk berkaitan dadah dan siasat lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya lagi. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang pemuda berperwatakan wanita direman empat hari kerana menyerang seorang lelaki dengan pisau pemotong daging di Banda Hilir, Melaka.
- Suspek menyerang mangsa dari belakang secara tiba-tiba dan kemudian melaporkan kejadian kepada polis; mangsa kini stabil dan dirawat di Hospital Melaka.
- Suspek yang berasal dari Kuala Lumpur mempunyai rekod jenayah termasuk berkaitan dadah, dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.