MALAYSIA
Ponggal: Enam fakta di sebalik pesta kesyukuran
Ponggal dalam bahasa Tamil bererti 'melimpah-ruah'. Susu yang melimpah apabila dipanaskan dalam periuk belanga tanah liat melambangkan kekayaan, kebaikan dan kebahagian yang melimpah ruah. - Gambar fail/Mohammad Luqman Abdul Aziz
KUALA LUMPUR :
2. Ponggal
Ponggal juga merujuk kepada sejenis hidangan nasi manis yang diperbuat daripada beras, susu, gula melaka, buah gajus, kismis, buah pelaga dan minyak sapi.
Hidangan ini dimasak secara tradisional menggunakan periuk tanah liat sehingga melimpah, melambangkan kemakmuran dan permulaan yang baik.
3. Hiasan di pintu
Pintu rumah turut dihias dengan ikatan tebu, daun mangga serta thooranam yang diperbuat daripada lepah pokok kelapa.
Setiap elemen membawa makna simbolik tersendiri, dengan tebu melambangkan kemanisan hidup, daun mangga sebagai simbol kesejahteraan dan kemakmuran, manakala thooranam pula dipercayai membawa tuah serta sering dikaitkan dengan upacara suci dan penyucian ruang kediaman.
4. Kolam
Kolam merupakan dekorasi tradisional ini dilukis menggunakan tepung beras di hadapan rumah, lazimnya pada awal pagi dan hanya selepas mandi, sebagai simbol penyucian diri sebelum memulakan hari.
Penggunaan tepung beras bukan sekadar elemen seni, malah mencerminkan nilai kemanusiaan dan keseimbangan alam, apabila lukisan kolam itu turut menjadi sumber makanan kepada serangga kecil seperti semut.
Tradisi kolam sebenarnya bermula lebih awal, iaitu sepanjang bulan Marghazli sebelum ketibaan Ponggal, apabila masyarakat India menghiasi ruang kediaman mereka dengan pelbagai corak kolam sebagai lambang kesyukuran, ketenangan dan persediaan menyambut bulan Thai.
5. Periuk belanga tanah liat
Secara tradisi, periuk belanga diperbuat daripada tanah liat semula jadi dan digunakan untuk memasak Ponggal. Tanah liat dipercayai membantu mengekalkan haba secara sekata, sekali gus memastikan masakan dimasak perlahan dan sempurna.
Lebih penting, periuk belanga menjadi simbol kesuburan dan kemakmuran, selari dengan falsafah Ponggal sebagai pesta menuai. Apabila susu dan nasi melimpah keluar dari periuk, ia menandakan rezeki yang melimpah, kehidupan yang sejahtera serta harapan untuk masa depan yang lebih baik.
Dalam konteks budaya, penggunaan periuk belanga juga mencerminkan nilai kelestarian alam, kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi, mesra alam dan bebas unsur moden. Amalan ini mengingatkan masyarakat tentang kepentingan mengekalkan keharmonian antara manusia, alam sekitar dan tradisi warisan.
6. Ponggal bukan perayaan keagamaan
Perayaan ini tidak bersifat keagamaan, sebaliknya diraikan sebagai simbol kesyukuran terhadap alam sekitar dan segala hidupan yang menjadi sumber rezeki, selari dengan semangat pesta menuai.
Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut masyarakat India di seluruh negara pada hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil.
Lebih daripada sekadar perayaan bermusim, Ponggal membawa makna mendalam tentang kesyukuran, penghargaan dan keharmonian antara manusia, alam dan hidupan lain.
Keunikan Ponggal terletak pada falsafahnya yang menzahirkan rasa terima kasih secara menyeluruh, bukan hanya kepada Tuhan, malah kepada matahari sebagai sumber tenaga, alam sekitar, haiwan ternakan dan manusia yang saling bergantung antara satu sama lain.
Dalam tradisi masyarakat India, matahari dikaitkan dengan elemen Agni (api), salah satu daripada lima Pancha Bhoota atau elemen alam, selain Prithvi (bumi), Apas (air), Vayu (udara) dan Akasha (angkasa).
Kesemua elemen ini dilihat sebagai asas kelangsungan hidup manusia.
Ini enam perkara yang anda perlu tahu mengenai Ponggal.
1. Pesta Ponggal
Ponggal bukan sahaja disambut di Selatan India, sebaliknya perayaan itu disambut di wilayah India yang lain dengan panggilan berbeza. Misalnya di wilayah Utara India, ponggal dikenali sebagai Bhogali Bihu, Lohri (Punjab), Bhogi (Andra Pradesh) dan Makar Sakranti (Karnataka, bengal dan Biha). Apa-apapun, ia membawa maksud yang sama.
Ponggal dalam bahasa Tamil bererti 'melimpah-ruah'. Susu yang melimpah apabila dipanaskan dalam periuk belanga tanah liat melambangkan kekayaan, kebaikan dan kebahagian yang melimpah ruah.
Jika di India, pesta Ponggal disambut lebih meriah berbanding Deepavali.
Di Malaysia pula, sambutan Ponggal sering disertai rakan-rakan pelbagai kaum, menjadikannya platform perpaduan budaya dan keharmonian sosial.
Secara tradisi, Ponggal disambut selama empat hari, bermula dengan Bhogi Ponggal.
Bhogi menandakan hari pembersihan dan permulaan baharu. Rumah dibersihkan, manakala barangan lama dibuang atau dibakar sebagai simbol menyingkirkan unsur negatif dan membuka ruang kepada perkara positif.
Ia diikuti Surya Ponggal iaitu didedikasikan kepada Dewa Surya (Matahari) yang dianggap sebagai sumber tenaga, kehidupan dan rezeki, khususnya dalam konteks pertanian.
Tanpa cahaya dan haba matahari, tanaman tidak dapat tumbuh dan hasil tuaian tidak dapat diperoleh.
Kemudian Mattu Ponggal yang dikahskan untuk binatang ternakan seperti lembu, iaitu bagi menyatakan terima terima kasih kepada haiwan yang membantu petani dalam aktiviti pertanian.
Pada hari ini, lembu diberi rehat dan tidak perlu ke sawah.

Akhir sekali Kaanum Ponggal atau Kanni Ponggal, di mana dikhaskan kepada gadis-gadis yang belum berkahwin.
2. Ponggal
Ponggal juga merujuk kepada sejenis hidangan nasi manis yang diperbuat daripada beras, susu, gula melaka, buah gajus, kismis, buah pelaga dan minyak sapi.
Hidangan ini dimasak secara tradisional menggunakan periuk tanah liat sehingga melimpah, melambangkan kemakmuran dan permulaan yang baik.
Ketika susu melimpah, ungkapan "Ponggal O Ponggal" dilafazkan sebagai tanda kesyukuran, sebelum hidangan itu dipersembahkan dan dikongsi bersama keluarga serta haiwan ternakan.