PENDIDIKAN melalui platform pembelajaran dalam talian telah membuka akses dan menyediakan pilihan yang fleksibel kepada orang ramai untuk mempelajari atau menambah kemahiran sesuai dengan keperluan bidang pekerjaan masing-masing.
Tambahan pula, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi di bandar, ada yang terpaksa melakukan kerja sambilan atau berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.
Maka, semua ini memerlukan kemahiran dan ilmu baharu serta pengalaman.
Bagi mengatasi permasalahan ini, platform pembelajaran dalam talian menjadi pilihan yang semakin popular.
Anda hanya perlu mempunyai capaian internet yang pantas, sebuah komputer atau telefon pintar dan berdaftar dengan mana-mana penyedia platform pembelajaran dalam talian.
Bagaimana mengenal pasti platform yang sesuai apabila terdapat ratusan platform dalam talian di dunia maya?
Ciri-ciri platform yang berkualiti termasuklah menyediakan pelajar dengan kandungan kursus yang sentiasa dikemaskini dan boleh dipelajari secara berstruktur, video kuliah yang bebas untuk diikuti pada bila-bila masa, sebuah forum untuk perbincangan sesama pelajar dan pengendali kursus, tugasan atau projek untuk pengukuhan dan ujian untuk mengukur penguasaan pelajar.
Hari ini, platform pembelajaran dalam talian seperti Udemy, Coursera, Skillshare, XuetangX, Khan Academy dan FutureLearn sudah mempunyai hampir 81 juta pelajar di seluruh dunia yang mengikuti hampir 9,400 kursus pendek meliputi pelbagai bidang.
Sebanyak 800 universiti, termasuklah universiti terkemuka seperti Harvard, Cambridge dan Oxford, menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kursus-kursus mereka dan menawarkan sijil tamat kursus dengan yuran 70 ke 80 peratus lebih murah berbanding biasa.
Melalui platform dalam talian, pelajar tidak perlu mempunyai kelayakan akademik untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan.
Bahkan di pasaran dalam negara juga, pelbagai ruang dan kesempatan untuk mendalami bahasa ibunda, penerokaan pendidikan digital selain kursus-kursus bahasa Melayu yang mudah dipelajari dan difahami termasuk yang ditawarkan di Planetmahir.
Hari ini, bilangan firma swasta yang mengiktiraf sijil pembelajaran melalui platform dalam talian ini semakin menggalakkan, malah ada juga majikan yang menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja untuk mengikuti kursus-kursus platform dalam talian.
Di Malaysia, agensi kerajaan seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telahpun bekerjasama dengan Coursera untuk menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan ekonomi digital.
Antara kursus-kursus yang popular ditawarkan melalui platform ini termasuklah sains komputer, pengaturcaraan, sains data, perniagaan dan kewangan.
Pelajar diberi pilihan sama ada mengikuti kelas secara audit atau percuma, atau dikenakan yuran untuk mereka yang memerlukan sijil.
Ada juga beberapa universiti luar negara yang sudah mula menawarkan program ijazah di peringkat sarjana.
Namun, syarikat terkenal seperti Google, Apple, IBM, Starbucks dan Hilton tidak lagi meletakkan syarat kelulusan ijazah sebagai kriteria utama dalam pengambilan pekerja, malah mengiktiraf ‘lulusan’ platform dalam talian untuk menyertai mereka.
Kemahiran khusus dan kualiti bakat diberi lebih penekanan dan penilaian.
Platform pembelajaran dalam talian turut menjadi pemudahcara untuk apa yang dipanggil sebagai skill sharing atau perkongsian kemahiran.
Dengan persetujuan bersama antara dua pihak, kemahiran-kemahiran khusus dapat dipelajari dan dikongsi dengan mengenakan sedikit bayaran, secara percuma atau secara ‘barter’.
Misalnya, individu yang mahir dalam rekabentuk grafik ingin belajar dan bertukar kemahiran dengan individu yang mahir dalam suntingan video dan begitu juga sebaliknya.
Sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu boleh ‘menjual’ diri mereka ke forum komuniti perkongsian kemahiran melalui platform ini.
Setelah mengenalpasti apa jenis kemahiran yang ingin dipelajari, anda boleh membuat carian yang sepadan untuk belajar secara satu sama satu.
Daripada mencari jurulatih peribadi untuk memperbaiki pengucapan awam, sehinggalah mendapatkan khidmat nasihat dalam perundingan imej, apa sahaja kemahiran yang bernilai boleh dikongsi secara mudah.
Dengan ledakan teknologi dan desakan ekonomi, akses kepada pendidikan dan latihan menjadi semakin meluas.
Di atas faktor kos, masa dan keperluan tempat kerja, platform pembelajaran secara maya ini ternyata menjadi pilihan individu.
Ianya memberi impak besar bukan sahaja kepada proses pendidikan sepanjang hayat, malah meningkatkan nilai mereka di pasaran kerja dan menjana sumber pendapatan yang lebih mampan di era Ekonomi Gig.
* Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Planetmahir.com iaitu platfom perkongsian kemahiran berbahasa Melayu, perunding latihan dan penasihat korporat. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected]
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir
Tue May 14 2019
Dengan ledakan teknologi dan desakan ekonomi, akses kepada pendidikan dan latihan menjadi semakin meluas. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Inisiatif merakyat sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada PM - ITBM
Empat inisiatif bagi merakyatkan sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada Perdana Menteri bagi memohon pandangan dan kelulusan bagi pelaksanaannya.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Isu kekuatan ekonomi akan jadi tumpuan khusus kerajaan pada 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kestabilan politik negara yang ada ketika ini memudahkan kerajaan memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN
Proses saringan dilakukan antaranya ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.
'Di mana yang tidak Melayunya?', soal PM Anwar
Perdana Menteri menyanggah dakwaan sesetengah pihak, terutamanya daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan kepada orang Melayu.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
KPT ambil langkah serius jadikan bahasa Melayu agenda penting pendidikan tinggi
Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi antara usaha yang dirintis Kementerian Pengajian Tinggi.
Pulang semula surat jika tidak guna Bahasa Kebangsaan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi peringatan kepada jabatan kerajaan agar tidak melayan sebarang surat yang diutus selain daripada Bahasa Kebangsaan.