awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Portal berita disekat? Tiada arahan sekatan daripada KKD - Fahmi

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2023
13:59 MYT
Portal berita disekat? Tiada arahan sekatan daripada KKD - Fahmi
Fahmi menjelaskan, beliau mengambil maklum sebuah laporan portal berita yang melaporkan senario misteri tidak dapat diakses sepenuhnya oleh pengguna internet. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengesahkan tiada sebarang arahan dikeluarkan untuk menyekat mana-mana portal berita di negara ini.
Menterinya, Fahmi Fadzil menjelaskan, beliau mengambil maklum sebuah laporan portal berita yang melaporkan senario ‘misteri’ tidak dapat diakses sepenuhnya oleh pengguna internet.
“Tiada sebarang arahan untuk menyekat mana-mana media atau portal berita,” kata Fahmi dalam mesej ringkasnya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Sejak petang Selasa, laman sesawang MalaysiaNow tidak dapat diakses oleh sebahagian besar pembaca.
Menurut laporan portal tersebut, siasatan pakar teknikal mereka bagaimanapun tidak menunjukkan apa-apa aktiviti luar biasa terhadap server portal tersebut.
“Kami juga mendapati tiada sebarang serangan ke atas laman sesawang kami,” lapor Malaysianow.
Berdasarkan pemantauan Astro AWANI pada Selasa, wujud keadaan di mana pengguna dua rangkaian mudah alih utama di Malaysia tidak dapat mengakses laman web tersebut dan ada juga yang masih boleh mengakses portal tersebut.
Topic Berkaitan
#sekatan
#Kementerian Komunikasi dan Digital
#Fahmi Fadzil
#MalaysiaNow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan