Portal HQA pengembara kuarantin di rumah boleh diakses mulai esok

Eton Khir
September 20, 2021 11:06 MYT
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media perasmian dan sesi walkabout Private COVID-19 Health Screening, Contact Pier Building di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - fotoBERNAMA
SEPANG: Permohonan kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman melalui Portal Home Quarantine Application (HQA) dibuka bermula Selasa (21 Sept, 2021).
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, permohonan itu boleh dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum ketibaan pengembara ke Malaysia.
Ujar Khairy, melalui portal HQA tersebut, pengembara yang tiba di negara ini mulai 28 September 2021 boleh membuat permohonan menerusi portal: https://ecovid19.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa. (Portal berkenaan hanya boleh dilayari mulai pagi Selasa).
"Berkenaan kuarantin wajib di rumah, proses ini adalah melalui emel dengan menggunakan alamat emel hso@moh.gov.my. Ianya adalah seperti mana, yang kita semua sedia maklum bahawa dengan pengunaan emel ianya agak melambatkan proses pelaksaaan. Lebih lagi kini, hampir 6,000 permohonan perlu diproses.
"Malahan, jika kita lihat dikaunter Imigresen, adanya satu laluan untuk mereka yang dah telah memohon untuk kuarantin di rumah namun masih lagi tidak mendapat keputusan dan jawapan. Makanya, mereka terpaksa melalui penilaian risiko di sini." katanya ketika membuat tinjauan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), pada Isnin.
[TERKINI] Sidang Media Khairy Jamaluddin | 20 Sept 2021
Dalam pada itu, Khairy berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan susulan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Ogos 2021, iaitu mana mana pengembara yang lengkap vaksin COVID-19 dos, dibenarkkan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah.
Jelasnya lagi, dengan peningkatan mendadak permohonan untuk kemudahan tersebut, kerajaan memutuskan untuk membangunkan satu sistem baharu untuk penambahbaikan.
"Jadi sebagai langkah kebaikan, Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM telah membangunkan satu sistem baharu bagi permohonan kuarantin di rumah yang lebih mantap dikenali sebagai Portal Home Quarantine Application (HQA) dan inisiatif tersebut akan bermula pada 21 September, jam lapan pagi esok.
"Tambahnya lagi, mereka yang memohon hanya perlu ke banner 'home quarantine application' dan tekan di butang tersebut dan ianya hanya memerlukan satu borang sahaja," katanya lagi.
Sumber Facebook kementeriankesihatanmalaysia
#Khairy Jamaluddin #KKM #ismail sabri yaakob #Portal HQA