awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Portal isytihar aset Menteri, Ahli Parlimen tangguh ke 15 Okt

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
28/09/2018
06:33 MYT
Portal isytihar aset Menteri, Ahli Parlimen tangguh ke 15 Okt
Mohd Shukri memaklumkan bahawa senarai perisytiharan harta anggota Kabinet dan Ahli Parlimen yang sepatutnya dipaparkan pada 1 Oktober ini, ditangguhkan kepada 15 Oktober. - Gambar fail
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull memaklumkan bahawa senarai perisytiharan harta anggota Kabinet dan Ahli Parlimen yang sepatutnya dipaparkan pada 1 Oktober ini, ditangguhkan kepada 15 Oktober.
Ini berikutan masih ramai anggota Kabinet dan Ahli Parlimen yang belum genap tiga bulan tempoh perkhidmatan mereka.
“Kami merayu kepada mana-mana Menteri dan Ahli Parlimen yang belum melakukan pengisytiharan harta dengan SPRM agar berbuat demikian dengan segera dalam masa dua minggu ini.
“Mereka perlu isytihar kerana ini inisiatif kerajaan dan mereka kena buatlah. Borang yang kita sediakan juga sangat ringkas antaranya jika aset rumah, kita perlukan alamatnya begitu dengan kereta dan sebagainya,” katanya.
Dalam masa yang sama, perisytiharan harta ini katanya, setakat ini tidak membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kepemimpinan di peringkat negeri.
Tambahnya, mana-mana anggota Kabinet yang gagal mengisytihar aset masing-masing, namanya akan dipaparkan sebagai tidak mengisytihar harta atau kosong di dalam portal MyDeclaration.
Beliau berkata demikian selepas sesi temubual di Radio Bernama dan Majlis Deklarasi & Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ketua-Ketua Jabatan Bernama di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#kabinet
#Majlis Deklarasi & Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah
#menteri
#Mohd Shukri Abdull
#Parlimen
#Radio Bernama
#Rasuah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan