KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini melancarkan Malaysia Labour Market Interactive Data (MyLMID) iaitu satu portal mengenai pasaran buruh negara.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, portal itu antara lain menggariskan inisiatif yang meliputi 10 dimensi utama antaranya penawaran dan permintaan buruh, statistik ekonomi tahunan, produktiviti buruh dan kos buruh.
"Menyedari peri penting ketersediaan maklumat pasaran buruh dalam tempoh krisis ini, sebagai inisiatif jangka pendek, MBAS telah membangunkan MyLMID, portal web interaktif yang dibangunkan secara in house ini membolehkan capaian setempat terhadap data pasaran buruh rasmi dalam bentuk jadual dan visual secara interaktif.
"Pembangunan MyLMID ini selaras dengan keputusan kerajaan menubuhkan Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS) dibawah kawal selia DOSM pada Jun 2020 dalam merapatkan jurang pasaran buruh negara.
"InsyAllah pada masa akan datang ktia yakin MBLS ini akan jadi satu institusi setanding dengan institusi penyelidikan pasaran buruh di negara lain seperti di Korea," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan secara maya Forum Pasaran Buruh 2021 secara bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera pada Khamis.
Forum bertemakan Stabilising the Labour Market towards Rejuvenating the Economy itu menghimpunkan beberapa ahli panel bagi berkongsi pandangan berhubung pasaran buruh negara.
Tambah Mohd Uzir, portal itu dijangka bakal memberi manfaat kepada segenap lapisan pengguna dalam menerokai sumber statistik pasaran buruh.
Lebih penting ujarnya, ia dapat menyumbang ke arah kestabilan pasaran buruh negara.
"Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020 telah menjejaskan kedudukan pasaran buruh global dan Malaysia tidak terkecuali.
"Terkini, pasaran buruh negara mula menunjukkan trend pemulihan dengan merekodkan kadar pengangguran yang lebih rendah iaitu 4.3 peratus pada Oktober 2021 dengan bilangan penganggur seramai 705,000 orang.
"MyLMID turut memuatkan konsep dan definasi pengukuran data serta dokumentasi kertas penulisan teknikal oleh MBLS. Kita bukan sahaja perlukan data, tapi apa maksud data itu. Dari semasa ke semasa banyak kertas teknikal dibuat dan ditingkatkan," jelasnya lagi.
Fareez Azman
Thu Dec 16 2021
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata inisiatif itu meliputi 10 dimensi utama antaranya penawaran dan permintaan buruh, statistik ekonomi tahunan, produktiviti buruh dan kos buruh. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pendaftaran PADU: Peranan ketua komuniti di luar bandar dimanfaat sepenuhnya
Bagi memastikan tiada yang terkecuali mendapat manfaat, ia turut melibatkan sesi libat urus bersama kepimpinan kerajaan negeri.
Inflasi Oktober 2023 naik 1.8 peratus, terendah sejak April 2021
Peningkatan inflasi didorong kenaikan lebih rendah bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, iaitu 3.6 peratus.
Ketua Perangkawan antara hampir 2,000 jemaah haji berada di Madinah
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin bersama isteri, Datin Seri Suhana Tahir kini berada di Madinah bersama jemaah lain.
Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.
KDNK negeri Johor meningkat 2.4 peratus, berada di landasan pemulihan - Ketua Perangkawan
Ekonomi negeri Johor kini berada pada landasan pemulihan berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi negeri terbabit mencatatkan nilai RM131.1 bilion pada tahun lalu.
IHP: Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus - Ketua Perangkawan
Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.
Selangor catat pertumbuhan eksport tertinggi, Pulau Pinang import tertinggi - Jabatan Perangkaan
Selangor mencatatkan peningkatan eksport tertinggi pada November 2021, menyumbang RM6.3 bilion daripada jumlah pertumbuhan eksport negara.
Bilangan penganggur Malaysia menurun pada November 2021
Bilangan penganggur di Malaysia pada November 2021 menunjukkan trend menurun selepas mencatatkan 694,400 orang berbanding 705,000 orang pada Oktober 2021.
Portal pasaran buruh MyLMID dilancar
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini melancarkan Malaysia Labour Market Interactive Data (MyLMID) iaitu satu portal mengenai pasaran buruh negara.
Statistik perkahwinan menurun pada 2020
Bilangan perkahwinan yang direkodkan pada 2020 menurun kepada 9.4 peratus kepada 184,589 daripada 203,661 dalam 2019 menurut menurut Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2021, yang dikeluarka