awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Jumpa nanti’ - Adam Adli setuju berdialog dengan Liga Mahasiswa Malaysia
Bapa hempas bayi hingga mati dipenjara 16 tahun
Nahas bas mini di Afrika Selatan ragut nyawa 12 murid sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Portal pengecualian bayaran balik PTPTN dibuka semula 1 September

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
19/08/2025
06:24 MYT
Portal pengecualian bayaran balik PTPTN dibuka semula 1 September
Graduan yang menepati syarat masih layak menerima pengecualian dan tidak perlu bimbang kerana dasar tersebut masih kekal berkuat kuasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Portal permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan yang memperoleh ijazah kelas pertama akan dibuka semula pada 1 September ini.

Ringkasan AI
  • Portal permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi graduan ijazah kelas pertama akan dibuka semula pada 1 September 2025 selepas proses naik taraf sistem.
  • Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menegaskan dasar pengecualian tersebut masih berkuat kuasa dan graduan yang layak tidak perlu bimbang.
  • Penjelasan ini dibuat susulan kekeliruan dalam kalangan graduan yang diminta membayar balik pinjaman walaupun memperoleh ijazah kelas pertama.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, graduan yang menepati syarat masih layak menerima pengecualian dan tidak perlu bimbang kerana dasar tersebut masih kekal berkuat kuasa.
“PTPTN kini dalam proses menaik taraf sistem dan portal berkenaan akan beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2025. Graduan boleh mengemukakan permohonan selepas tarikh tersebut.
"Dasar pengecualian ini kekal berkuat kuasa dan tidak pernah ditarik balik," katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi PTPTN.
Justeru itu, beliau mengharapkan penjelasan ini memberi sedikit kelegaan kepada orang awam.
"PTPTN sentiasa komited melaksanakan mandat dalam menyokong agenda pendidikan negara,”ujarnya lagi.
Terdahulu pada 14 Ogos, beberapa graduan meluahkan kekecewaan apabila diminta membayar balik pinjaman mereka meskipun telah memperoleh keputusan kepujian kelas pertama, sekali gus menimbulkan kekeliruan.
Topic Berkaitan
#PTPTN
#ijazah kelas pertama
#pengecualian bayaran balik
#cara mohon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan