awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos kawalan Malaysia di Nunukan tidak langgar sempadan - komandan

Agensi
Agensi
01/02/2015
12:16 MYT
Pos kawalan Malaysia di Nunukan tidak langgar sempadan - komandan
Pos kawalan yang menjadi kontroversi di hujung Pulau Nunukan disahkan tidak melanggar sempadan wilayah kerana ia dibangunkan di atas tanah milik Malaysia.
Kontroversi pembinaan sebuah pos kawalan milik Malaysia di atas tanah di hujung Pulau Nunukan di Kalimantan Utara yang menjadi spekulasi umum di Indonesia disahkan tidak melanggar sempadan wilayah kerana ia dibangunkan di atas tanah milik Malaysia.
Perkara ini diperjelaskan sendiri oleh komandan di kawasan berkenaan, Leftenan Kolonel Putra Widiastawa berdasarkan hasil pemeriksaan topografi di sempadan dua negara tersebut, lapor agensi berita Antara.
Antara rekod rujukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) adalah Konvensyen Inggeris-Belanda pada 1891 di London dan seterusnya disemak lagi dengan persetujuan persempadanan Tawau pada tahun 1915.
Selain itu, terdapat juga rekod daripada konvensyen persempadanan Den Hag 1928 (Belanda) serta memorandum persefahaman (MoU) pada 1973 yang berkaitan penyelenggaraan penyelidikan dan penetapan sempadan Malaysia-Indonesia.
"Jadi berdasarkan persefahaman tersebut, maka pos Malaysia yang dibangunkan di perairan hujung Pulau Kayu Mati (Nunukan) itu tidak melanggar sempadan kerana masih termasuk wilayahnya (Malaysia)," terang Putra.
Menurutnya, belum ada pembaharuan dibuat ke atas perjanjian persempadanan antara kedua-dua negara kerana persefahaman yang selama ini dicapai masih berlandaskan undang-undang.
Perkara tersebut mendapat perhatian apabila tokoh masyarakat di Nunukan bertanyakan tentang penanda sempadan di tengah-tengah Pulau Kayu Mati termasuklah mengenai penandaan garis lurus bermula dari Pulau Sebatik.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Kalimantan
#Malaysia
#Nunukan
#pos kawalan
#putra widiastawa
#sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan