awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia lancar setem khas 'Palestin Merdeka', dijual bermula 18 Januari 2024

Bernama
Bernama
14/12/2023
22:00 MYT
Pos Malaysia lancar setem khas 'Palestin Merdeka', dijual bermula 18 Januari 2024
Fahmi dan Charles (dua, kanan) bergambar bersama replika setem Merdeka Palestin pada pelancaran Setem Khas Merdeka Palestin oleh Pos Malaysia, di Kuala Lumpur, 14 Dis 2023. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin, Pos Malaysia pada Khamis melancarkan set setem khas "Palestin Merdeka" yang akan berada di pasaran bermula 18 Januari tahun depan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pelancaran setem khas itu bukan sekadar simbolik, sebaliknya melambangkan solidariti dan sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai kemerdekaan dan keamanan.
"Kita akan pertimbang sekiranya perlu setelah dilancarkan (setem) ataupun setelah mula ada di pasaran mungkin kita akan berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengusahakan kempen menghantar surat untuk menggesa supaya gencatan senjata dilakukan," katanya di sini semalam.
Terdahulu Fahmi menyempurnakan majlis pelancaran setem khas berkenaan yang akan akan dijual secara dalam talian di www.pos.com.my/shop dan di Pejabat Pos dan Biro Filateli Pos Malaysia pada harga RM1.30 setiap setem.
Fahmi berkata, ia merupakan kali ketiga setem berkaitan Palestin dikeluarkan, kali pertama pada 1978 dan kali kedua pada 1982, bukti komitmen kerajaan dan rakyat Malaysia yang teguh bersama menyokong perjuangan rakyat Palestin sejak dahulu lagi.
Setem berkenaan juga boleh dibeli dalam bentuk helaian setem, mengandungi 20 setem setiap helaian, pada harga RM26, Sampul Hari Pertama pula boleh didapati pada harga RM0.50 dan Folder pada harga RM6.
Sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diuruskan Kementerian Luar.
Dana itu akan disalurkan melalui inisiatif Ops Ihsan, kolaborasi antara Kerajaan Malaysia dan 53 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Charles Brewer.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NGO
#Palestin Merdeka
#setem khas
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan