Poster palsu: Foto ini telah disunting dari poster asal Astro AWANI

Astro Awani
Jun 4, 2020 10:07 MYT
Astro AWANI ingin menegaskan imej dan kapsyen berkenaan telah disunting oleh pihak tertentu untuk tujuan tertentu dan sama sekali tidak pernah dikeluarkan di mana-mana platform rasmi Astro AWANI.
Astro AWANI hari ini menafikan sebaran poster berupa gambar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berserta tulisan “Perdana Menteri Jangka Pendek” yang tersebar di media sosial pada petang Khamis.
Imej dan kapsyen berkenaan telah disunting oleh pihak tertentu untuk tujuan tertentu dan sama sekali tidak pernah dikeluarkan di mana-mana platform rasmi Astro AWANI.
Foto berkenaan dipercayai mulai tular susulan poster “Perutusan Khas Perdana Menteri: Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek” dimuat naik dalam beberapa platform media sosial kami.
Astro AWANI menyeru semua pihak terutamanya pengguna media sosial supaya berhenti berkongsi berita palsu dan perlulah memastikan kebenaran setiap berita terlebih dahulu dengan merujuk sumber sahih.
#Astro #Astro Awani #ekonomi #Media #media sosial #menteri #Muhyiddin Yassin #palsu #Perdana Menteri #sahih #sumber