Poster tular berkait TYT Sarawak bukan daripada Astro AWANI

Astro Awani
Ogos 2, 2023 14:48 MYT
Astro AWANI menafikan penerbitan poster hitam putih tertera nama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Astro AWANI menafikan penerbitan poster hitam putih tertera nama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Poster yang turut tertera logo Astro AWANI beserta kapsyen Al-Fatihah beserta tahun kelahiran Yang diPertua Negeri Sarawak itu adalah tidak benar.
Pihak Astro AWANI juga memohon maaf kepada keluarga Yang Dipertua Negeri Sarawak atas perkara ini.
Astro AWANI menyarankan agar orang ramai berwaspada dengan berita dan poster palsu itu yang menggunakan nama Astro AWANI berkenaan.
#berita palsu #poster palsu #media sosial #Abdul Taib Mahmud