PUTRAJAYA: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) hari ini menjelaskan bahawa dua Majlis Agama Islam Negeri telah dibenarkan bertindak sebagai amicus curiae atau sahabat mahkamah dalam pendengaran kes mencabar perlembagaan 20 kesalahan syariah di bawah undang-undang negeri Kelantan yang difailkan oleh dua wanita.
PKPMP di dalam satu kenyataan hari ini berkata hantaran di laman Facebook oleh seorang pemilik akaun media sosial itu adalah tidak tepat dan cuba mengelirukan orang awam.
Dalam posting itu, pemilik akaun Facebook itu mendakwa bahawa Sisters In Islam telah memperoleh status amicus curiae dalam kes tersebut yang membolehkan mereka memberi pandangan dan berhujah manakala Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan tidak dapat menjadi amicus curiae dan sekadar peguam pemerhati dan tiada peluang berhujah.
Dia juga berkata status permohonan badan lain belum ditentukan lagi.
Pejabat itu berkata berdasarkan rekod untuk kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan satu lagi melawan Kerajaan Negeri Kelantan, Selain Sisters In Islam, terdapat dua pihak iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah dibenarkan untuk menjadi amicus curiae.
"Manakala Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Badan Peguam Malaysia dibenarkan menjadi peguam pemerhati dalam prosiding tersebut," kata PKPMP.
PKPMP menyatakan Sisters in Islam telah membuat permohonan untuk menjadi amicus curiae pada 20 April 2023 manakala permohonan oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia dibuat pada 4 Ogos 2023 dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pada 7 Ogos 2023 iaitu kurang dua minggu dari tarikh pendengaran yang telah ditetapkan lebih awal.
"Pejabat ini mengambil serius tindakan pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang awam dan meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi laporan atau posting yang tidak tepat di media sosial," kata PKPMP.
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 17 Ogos ini untuk mendengar permohonan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anak perempuan beliau Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman untuk mencabar perlembagaan terhadap 20 kesalahan Syariah di bawah undang-undang Negeri Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
PKPMP di dalam satu kenyataan berkata hantaran di laman Facebook oleh seorang pemilik akaun media sosial itu adalah tidak tepat. - Gambar fail/Sinar Harian
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Isu fatwa di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah
Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-Undang Syariah.