MALAYSIA
Potensi Rakan Tani AI: Bakal analisis sawah hanya dengan gambar, satu inovasi bagi Malaysia

Pesawah melakukan semburan racun bagi mencegah kerosakan tanaman padi di Ladang Merdeka Mulong - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Platform pintar Rakan Tani diharap akan dipertingkat dengan ciri baharu yang membolehkan pesawah mendapatkan analisis pertanian dengan hanya memuat naik gambar tanaman mereka.
Ringkasan AI
- Platform Rakan Tani akan ditambah ciri baharu yang membolehkan pesawah memuat naik gambar tanaman untuk mendapatkan analisis kesihatan tanaman, keperluan baja, air dan risiko perosak secara lebih tepat dan bersasar.
- Inisiatif ini menjadikan Malaysia antara negara terawal memperkenalkan aplikasi AI untuk pesawah, dengan matlamat meningkatkan produktiviti makanan asas dan memastikan teknologi dimanfaatkan oleh komuniti luar bandar.
- Cabaran utama ialah kekurangan pangkalan data pertanian semasa, namun usaha sedang dijalankan untuk mengintegrasi data dan menyediakan ramalan cuaca automatik bagi membantu pesawah merancang aktiviti harian dengan lebih berkesan.
“Jika sebelum ini pesawah hanya boleh menaip mesej atau merakam suara, versi seterusnya dijangka membolehkan mereka menghantar gambar sawah untuk analisis segera. Ini akan memberi nasihat lebih mendalam dan bersasar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Menurut beliau, penambahbaikan berterusan ini untuk memastikan produktiviti makanan asas negara sentiasa meningkat dan memenuhi keperluan domestik setiap masa.
“Inovasi ini memastikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dimanfaatkan oleh komuniti luar bandar, menjadikan Malaysia antara negara pertama di dunia yang memperkenalkan aplikasi AI seumpama ini untuk pesawah,” tambahnya.
Rakan Tani menggunakan AI untuk membantu pesawah Malaysia sepanjang kitaran penanaman. Ia memberikan panduan masa nyata mengenai amalan pertanian terbaik berpandukan Jadual Kerja Ladang (JKL) oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan dikhususkan mengikut keadaan ladang setiap pesawah, termasuk pengurusan kesuburan tanah dan tanaman, kawalan perosak, penyakit dan rumpai.
Projek ini diterajui oleh KPKM, Kementerian Digital, Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), BERNAS dan The Hive’s Global AI Village (GAIV), dan kini sedang diuji bersama petani yang terlibat dengan inisiatif SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB).
Dalam temu bual sama, Pengarah Urusan GAIV, Bjarte Olsen pula berpandangan cabaran yang dihadapi oleh Rakan Tani ialah pangkalan dan sumber data pertanian semasa yang terhad, khususnya melibatkan barangan yang mempunyai harga berubah-ubah.
GAIV mengesahkan usaha sedang dijalankan untuk mengintegrasi pangkalan data pertanian dan menyediakan ramalan cuaca automatik, memudahkan pesawah merancang aktiviti harian mereka.
Dengan fungsi mesra pengguna dalam Bahasa Malaysia, Rakan Tani berperanan sebagai “pembantu maya pesawah” bagi memberi panduan tentang apa yang perlu dilakukan, bila dan bagaimana menangani isu cuaca, baja dan penyakit.
Agenda AWANI: Rakan tani | Transforming agricultutre with AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami