awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Potong faedah pekerja satu penderaan - Syed Saddiq

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2022
23:30 MYT
Potong faedah pekerja satu penderaan - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, majikan sepatutnya berunding dengan pekerja sebelum melakukan tindakan memotong elaun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir majikan yang bertindak memotong faedah pekerja selepas menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 disifatkan sebagai penderaan.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, majikan terbabit sepatutnya berunding dengan pekerja sebelum melakukan tindakan sedemikian.
“Ini hak pekerja. Kalau ya pun nak potong, tolonglah rujuk dan runding dengan pekerja.
“Jangan sewenang-wenangnya potong macam tu je. Kalau tak ini satu penderaan,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya pada Sabtu.
Beliau turut menggesa pekerja yang menerima nasib sedemikian supaya segera mengemukakan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
“Laporkan terus ke Jabatan Tenaga Kerja kalau berlaku kepada anda. Tolong kongsi dengan saya pendapat anda,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan mewartakan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa pada 1 Mei bagi majikan yang mempunyai lima atau lebih pekerja.
Selain itu, ia turut terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang diklasifikasikan di bawah Klasifikasi Standard Malaysia Pekerjaan (Masco) 2020.
Bagaimanapun, majikan yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang dikecualikan daripada pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022 sehingga akhir tahun ini.
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#penderaan
#JTKSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan