awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Potong gaji penjawat awam tidak bayar PTPTN - Ali Hamsa

Bernama
Bernama
16/06/2015
07:44 MYT
Potong gaji penjawat awam tidak bayar PTPTN - Ali Hamsa
ALI HAMSA: Kita akan bermesyuarat bagi melihat apakah masalah mereka (peminjam) dan kenapa mereka liat untuk membawa hutang PTPTN.
Langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang 'liat' membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan dilakukan sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah itu, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama ketua setiausaha setiap jabatan Rabu ini bagi membincangkan masalah yang melibatkan kira-kira 33,000 penjawat awam dan langkah terbaik bagi mengatasinya.
"Kita akan bermesyuarat bagi melihat apakah masalah mereka (peminjam) dan kenapa mereka liat untuk membawa hutang PTPTN.
"Jika kita tak jumpa jalannya, baru kita buat keputusan agar potongan gaji dikenakan kepada penjawat awam yang berhutang dengan PTPTN," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan.
Dilaporkan lebih 33,000 penjawat awam termasuk penyandang pelbagai jawatan kanan tidak pernah langsung membayar pinjaman PTPTN mereka.
“
Kita akan bermesyuarat bagi melihat apakah masalah mereka (peminjam) dan kenapa mereka liat untuk membawa hutang PTPTN.
”
- Tan Sri Ali Hamsa
Jumlah itu dilapor mewakili 12 peratus daripada keseluruhan lebih 280,000 kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman PTPTN.
Ali berkata tidak semua penjawat awam dari jumlah terbabit tidak membayar balik hutang PTPTN mereka, malah tidak ada dari kalangan mereka yang diisytiharkan muflis.
"Cuma ada di antara mereka yang hanya bayar sekali sekala. Tidak eloklah kalau bayar sekali sekali, jadi kita harap akan ada jalan penyelesaiannya selepas mesyuarat itu nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#hutang
#penjawat awam
#PTPTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan