awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'PPBM sendiri langgar perlembagaan mereka' - RoS

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
17/11/2017
09:00 MYT
'PPBM sendiri langgar perlembagaan mereka' - RoS
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Surayati Ibrahim ketika sidang media mengenai isu Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdepan pembatalan pendaftaran kerana telah melanggar perlembagaan partinya sendiri.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Surayati Ibrahim berkata perkara tersebut disahkan melalui kandungan dalam Perlembagaan PPBM yang telah diluluskan sebelum ini.
"Jika dilihat pada Perlembagaan PPBM, istilah Armada tidak wujud, yang ada cuma Pemuda.
"Selain itu, ada peruntukan untuk mengadakan perhimpunan agung dalam setahun penubuhan yang masih belum ditepati," kata Surayati.
Walaupun pihaknya ada menerima permohonan untuk menangguhkan perhimpunan agung parti itu tetapi apabila diteliti perlembagaan, Surayati berkata pihaknya mendapati tiada apa-apa fasal atau peruntukkan yang membolehkan mereka menangguhkan mesyuarat agung tahunan berkenaan.
"Dalam hal ini, PPBM sendiri yang melanggar Perlembagaan Parti, iaitu membenarkan sayap pemuda yang dinamakan 'Armada' beroperasi sedangkan belum mendapat kelulusan pindaan perlembagaan selain belum mengadakan perhimpunan agung tahunan," katanya di Pejabat RoS di Putrajaya.
Surayati juga memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi isu ini dengan melemparkan tohmahan kepada RoS.
"Sekiranya tuduhan terus berlaku, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat," katanya.
Berkenaan status PPBM, Surayati memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berkaitan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#ARMADA
#Bersatu
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#perhimpunan
#PPBM
#PRU14
#ros
#Syed Saddiq
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan