awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPM tahan lelaki cuba seludup minyak petrol di Semporna

Bernama
Bernama
26/11/2018
00:26 MYT
PPM tahan lelaki cuba seludup minyak petrol di Semporna
Mohamad Pajeri berkata pihaknya komited menangani sebarang elemen jenayah di perairan negara. -- fotoBERNAMA/Fail
Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki dalam Ops Gelora di perairan Pulau Pom Pom semasa cuba menyeludup keluar minyak petrol ke negara jiran pada Ahad.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, suspek berusia 25 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan selepas anggota PPM memeriksa botnya.
"Anggota PPM menemukan tiga tong besar berisi 90 liter minyak petrol, tujuh tong kecil berisi 70 liter minyak petrol dan satu tong merah berisi 25 liter petrol, dan tangkapan dibuat kerana suspek gagal menunjukkan permit, dan tanpa cukai Kastam," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata pihaknya komited untuk menangani sebarang elemen jenayah di perairan negara dan berharap masyarakat dapat menyalurkan sebarang maklumat berguna kepada pihak keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#dokumen pengenalan diri
#jenayah
#kastam
#keselamatan
#minyak
#mohamad pajeri ali
#Ops Gelora
#perairan
#petrol
#polis marin
#Pulau Pom Pom
#Semporna
#suspek
#tong minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan