Langkah meningkatkan tempoh masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia (BM) daripada 180 minit kepada 240 minit seminggu di semua sekolah vernakular adalah hasil kajian dan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tegas Timbalan Perdana Menteri keputusan itu tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya merupakan agenda pendidikan yang dirumus oleh pakar.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata langkah itu dikemuka kerana kementerian tidak mahu melihat murid sekolah vernakular mengikuti pembelajaran subjek BM pada tahap teramat rendah berbanding pelajar sekolah kebangsaan.
"Kementerian tidak membuat keputusan dengan sewenang-wenangnya hanya untuk menguatkuasakan ia semata-mata. Ini soal pendidikan, bukan politik. Saya bukan pakar pengajar, bukan menteri yang menyimpulkan berapa tempoh masa paling sesuai untuk sesi itu, tapi pakar pengajar yang merumuskannya," katanya dalam sidang akhbar, di sini pada Khamis.
Muhyiddin yang berada di sini dalam rangka lawatan kerja lima hari ke United Kingdom (UK), berkata beliau membangkitkan perkara itu susulan kritikan sesetengah pihak.
Lanjutan tempoh masa pembelajaran subjek BM di sekolah vernakular adalah antara ketetapan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancar oleh Muhyiddin di Kuala Lumpur, minggu lepas.
Ditanya mengenai perbuatan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang masih mengkritik PPPM, Muhyiddin berkata beliau tidak mahu mengulas setiap perkara yang dibangkitkan oleh persatuan itu.
Ini kerana katanya Dong Zong akan terus mengkritik.
Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata sejak dilancarkan, PPPM menerima banyak maklum balas termasuk menerusi kira-kira 55,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) yang rata-rata mahu melihat kejayaan sistem pendidikan negara.
Ada juga pihak yang mahu Kementerian Pendidikan melibatkan mereka secara berterusan bagi mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan pelan induk pendidikan negara itu, katanya.
Menurut Muhyiddin, kementerian tidak mempunyai masalah berhubung penglibatan pihak berkenaan dalam PPPM, namun sewajarnya kementerian itu juga diberi peluang menjelaskan secara terperinci pelan tersebut mengikut fasa yang ditetapkan.
Muhyiddin sebelum itu menghadiri 'Forum Merdeka 2013: 56 Years of Merdeka, Road to 2020' anjuran pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di UK.
Kira-kira 300 hadirin mendengar buah fikiran anggota panel forum iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengenai sejarah, isu semasa dan masa depan negara.
Muhyiddin turut menyampaikan syarahan di samping menjawab pelbagai soalan daripada hadirin yang kebanyakan berkisar mengenai semangat patriotisme.
Forum itu merupakan program terakhir dalam atur cara lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke UK.
Bernama
Fri Sep 13 2013


TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Kehendak penyenaraian dan kaedah perniagaan Bursa Malaysia kini dalam BM
Bursa Malaysia Bhd telah menyediakan semua keperluan penyenaraian dan peraturan perniagaan sedia ada dalam Bahasa Malaysia (BM).

Isu lulus BM: Doktor Inggeris dahulu pun cakap Melayu - Rais
Kerajaan dinasihatkan tidak bersetuju dengan pengecualian dan kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred 1.

Kelonggaran syarat lulus BM peringkat SPM mudahkan lantikan pegawai perubatan kontrak gred UD41
Ia merangkumi graduan perubatan yang telah menjalani persekolahan di luar negara, mereka yang menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa atau Bahasa Melayu di universiti.

PPPM soal pendidikan, bukan politik, kata Muhyiddin
Tegas Timbalan Perdana Menteri keputusan itu tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya merupakan agenda pendidikan yang dirumus oleh pakar.
Adrenalin: Motocross & BMX
Adrenalin (episode 4)