awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPPMM gesa kerajaan gubal akta untuk hukum individu hina Islam

Bernama
Bernama
12/08/2013
23:19 MYT
PPPMM gesa kerajaan gubal akta untuk hukum individu hina Islam
Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) hari ini menggesa kerajaan menggubal satu akta untuk membolehkan mana-mana individu yang menghina kesucian Islam dikenakan hukuman berat.
Presidennya A. Rahman Mahadi berkata penguatkuasaan undang-undang amat perlu memandangkan kes penghinaan terhadap Islam dilihat semakin berleluasa kebelakangan ini.
"PPPMM melihat akta sedia ada kini tidak lagi relevan dan longgar sehingga hal berkaitan Islam mudah dipersenda kaum lain.
"Kami bimbang bila kerajaan lemah dalam menguatkuasakan undang-undang, rakyat menjadi marah dan akan bertindak mengikut perasaan sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa bantahan aman oleh kira-kira 30 anggota pertubuhan itu di surau sebuah resort yang dijadikan tempat upacara keagamaan budha, dekat Sedili Besar, di sini hari ini.
A. Rahman berkata pihaknya berasa amat tersinggung dan terhina dengan perbuatan itu.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri dan menteri yang bertanggungjawab juga diminta supaya tidak berdiam diri bagi mengelakkan perpecahan antara kaum berlaku di negara ini.
Akhbar hari ini melaporkan penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar, di sini, gempar apabila bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.
Upacara sembahyang dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat Asar pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Islam
#Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia
#PPPMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan