awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPS: Polis tahan Phee Boon Poh, ambil keterangan Guan Eng

Bernama
Bernama
31/08/2014
13:08 MYT
PPS: Polis tahan Phee Boon Poh, ambil keterangan Guan Eng
Phee (gambar) ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut hari ini.
Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata Phee, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.
"Phee hadir di IPD Timur Laut pada pukul 4.30 petang dan polis menahannya untuk siasatan lanjut manakala Lim Guan Eng dibebaskan selepas polis merekod keterangannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayerdi.
Sehingga pukul 6 petang, sejumlah 156 anggota PPS termasuk Phee dan tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pagi tadi, polis menahan 154 anggota PPS selepas mereka menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan di Padang Kota.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua anggota PPS, termasuk tujuh wanita itu, ditahan pada 10.15 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.
Sementara itu, tinjauan Bernama di IPD Timur Laut mendapati beberapa ADUN, anggota keluarga PPS dan penyokong kerajaan negeri berkumpul di pintu masuk balai berkenaan.
Topic Berkaitan
##KitaSama
#Lim Guan Eng
#Merdeka
#Phee Boon Poh
#PPS.Pasukan Peronda Sukarela
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan