[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

PPV AstraZeneca di Lembah Klang tutup selepas 3 Oktober

Afiezy Azaman 28/09/2021 | 02:25 MYT
Penerima vaksin AstraZeneca di Lembah Klang yang terlepas janji temu dos kedua dibenar 'walk-in' ke PPV yang sama ketika dos pertama. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penerima vaksin AstraZeneca di Lembah Klang yang terlepas janji temu dos kedua dibenarkan 'walk-in' ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sama ketika dos pertama.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) dalam satu kenyataan di Twitter berkata, dos kedua itu perlu diambil sebelum 4 Oktober.

Jelasnya, ini kerana kesemua PPV vaksin AstraZeneca di Lembah Klang akan ditutup selepas 3 Oktober ini.

Pada 24 September lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan sela masa dos kedua vaksin AstraZeneca akan dipendekkan dari sembilan minggu kepada enam minggu bermula 1 Oktober ini.

Katanya, ini sebagai usaha untuk memudahkan penerima dos vaksin AstraZeneca.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#AstraZeneca #PPV #Lembah Klang #JKJAV