MUAR: Pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di daerah Muar akan diteruskan di beberapa kawasan lagi, yang bakal memfokuskan kawasan kampung terutamanya penempatan Orang Asli dan juga Felda.
Pegawai Daerah Muar Mustaffa Kamal Shamsudin berkata, pihaknya akan memastikan setiap individu yang berdaftar untuk proses vaksinasi pada fasa kedua di daerah ini, yang membabitkan golongan warga emas mendapat vaksin walaupun berada di kawasan pedalaman.
Katanya, program PPV bergerak ini diteruskan pada hari ini (14 Jun) di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Balang, setelah dijangkakan berjalan selama 10 hari sehingga 24 Jun atau sasaran 2,000 penerima vaksin selesai.
"Kita juga telah berhubung dengan beberapa pihak lain seperti Institut Jantung Negara (IJN), bagi memperbanyakkan PPV bergerak di daerah ini.
"Bermula 19 Jun 2021 ini, PPV bergerak akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felcra Bukit Kepong, dengan sasaran sekitar 1,000 penerima vaksin," katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG VAKSIN COVID-19 DI SINI
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Muar Dr Noorhaidah Ujang berkata, pihaknya turut merancang untuk meneruskan PPV bergerak terbabit di kawasan pedalaman dan kawasan kampung.
Katanya, sekiranya mendapat tambahan jumlah vaksin, PPV bergerak ini akan dilaksanakan di kawasan Lenga, di mana di kawasan terbabit terdapatnya perkampungan Orang Asli.
"Kita juga akan bergerak ke kawasan Felda yang di kawasan sana turut mempunyai generasi pertama, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas," katanya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang Zaiton Ismail berkata, pihaknya dengan kerjasama penghulu dan ketua kampung, mengambil masa tiga minggu untuk mendaftarkan penerima vaksin yang jumlahnya sekitar 2,000 orang untuk divaksin bermula hari ini (14 Jun).
Dalam pada itu, penerima vaksin Kamsinah@Minah Eksan, 82, berkata dia bersyukur menerima vaksin COVID-19 ini, lebih-lebih lagi lokasinya agak hampir dengan kediamannya, di Parit Jamil.
Katanya yang sebelum ini belum berdaftar dengan MySejahtera, turut berterima kasih kepada ketua kampung dan ADUN Sungai Balang kerana mendaftarkannya, sekali gus menerima vaksin pada hari ini.
"Alhamdulillah...saya bersyukur dan gembira setelah mendapat vaksin ini, sekurang-kurangnya saya kini dapat melindungi diri dan juga mereka yang ada berhampiran dengan saya (ahli keluarga)," katanya.
Seorang lagi penerima vaksin Siti Marim Katomon, 68, berkata, lokasi PPV bergerak ini jaraknya hanya tiga kilometer daripada rumahnya di Kampung Parit Yusuf, Semerah.
"Memang agak dekat dengan rumah PPV bergerak ini dan ia memudahkan saya, berbanding sebelum ini saya perlu ke Pagoh, yang jaraknya hampir 30 kilometer sehala," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 14 2021
program PPV bergerak ini diteruskan pada 14 Jun di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Balang, Muar setelah dijangkakan berjalan selama 10 hari sehingga 24 Jun atau sasaran 2,000 penerima vaksin selesai. - Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi membiayai Program Pemodenan Vesel (PPV) dan Program Mekanisasi Tangkapan (PMT) untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan bagi bekalan makanan.
PPV WTCKL menutup tirai dengan lebih 180,000 individu divaksin
Secara rasminya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menutup tirainya setelah hampir dua bulan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi sejak 15 Januari lepas.
Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi
Kesemua PPV tambahan itu diwujudkan dengan mengambil peluang sempena cuti sekolah yang bermula sejak 26 Feb lepas.
Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.
Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.
Taiping Mall antara empat PPV dibuka untuk dos penggalak
PPV yang terletak di Tingkat 3 Taiping Mall itu mampu memberi minimum 1,000 dos sehari.
PICKids: KKM akan buka PPV di sekolah, mudahkan murid-murid dapatkan vaksin - Dr Noor Azmi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekolah bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
PICKids: Sasar 70 peratus kanak-kanak divaksin pada Februari
Sasaran itu dibuat berlandaskan keyakinan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
PICKids: KJ sahkan sudah daftar anak terima vaksin
Ia sebagai menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan anaknya tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.