ALOR GAJAH: Unit Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak menggunakan 25 bas khas akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia secara berperingkat menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK).
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata Unit PPV Bergerak telah dilancarkan di Kluang, Johor pada 10 Julai lepas sebelum diperluaskan di Melaka pada hari ini.
Inisiatif Unit PPV Bergerak itu sebahagian pendekatan yang dilaksanakan di bawah program MOVAK yang merangkumi tiga lagi inisiatif iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Tindakan Komuniti bagi membantu kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi khususnya masyarakat luar bandar, ladang dan pinggir bandar.
"Secara keseluruhan, sebanyak 38,754 penerima vaksin di seluruh negara telah menerima suntikan masing-masing menerusi MOVAK sejak program itu dilancarkan pada pertengahan Jun lepas hingga hari ini dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Kita berharap kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat ditingkatkan lagi menerusi inisiatif Unit PPV Bergerak ini selaras dengan peningkatan penerimaan vaksin yang mencecah 14 juta dos pada bulan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Timbalan Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Ti Lian Ker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Datuk Ismail Othman.
Mengulas lanjut, Halimah berkata jumlah Unit PPV Bergerak atau bas khas berkenaan akan digerakkan di setiap negeri mengikut keperluan atau cadangan yang dikemukakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di setiap negeri.
Bas khas tersebut telah diubah suai mengikut spesifikasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi memberi keselesaan kepada vaksinator dan penerima vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique menyantuni penerima suntikan vaksin menerusi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) untuk penjaja dan peniaga kecil di daerah itu, di Dataran Tun Sri Lanang, hari ini. - Foto BERNAMA
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Rindu anak cucu, ingin berjemaah di masjid, dorong warga emas mahu segera divaksinasi
Leman Jamal, 73, bersyukur dia akhirnya menerima suntikan dos pertama vaksin itu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Dewan Semai Budi, FELDA Kepis di sini, hari ini.
Perak akan wujud PPV bergerak ke perkampungan Orang Asli
Perak akan mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak khusus untuk masyarakat Orang Asli di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.