awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPV mega Stadium Bukit Jalil mula operasi 21 Jun

Bernama
Bernama
19/06/2021
02:52 MYT
PPV mega Stadium Bukit Jalil mula operasi 21 Jun
Pada peringkat awal, seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka beroperasi bermula 21 Jun ini dengan kemampuan kapasiti sehingga 10,000 dos sehari, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata PPV berskala besar itu membolehkan lebih ramai rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang divaksin, dengan tumpuan kepada rakyat yang berusia 40 tahun ke bawah.
"Seluruh trek balapan stadium ini telah bertukar wajah menjadi ruang untuk urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri.
"Ini merupakan sebahagian usaha KBS (Kementerian Belia dan Sukan) menjayakan inisiatif yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui penggunaan fasiliti secara optimum.
"Insya-Allah, dengan ikhtiar ini kita akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan lebih cepat lagi," katanya menerusi kenyataan dalam Facebook rasmi beliau malam tadi.
Reezal Merican berkata pada peringkat awal, seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di situ dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk segera mendaftar dan sentiasa menyemak status janji temu mereka melalui aplikasi MySejahtera.
Reezal Merican juga berkata Stadium Tertutup Axiata Arena telah mula beroperasi sebagai PPV bagi tujuan yang sama sejak 7 Jun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPV
#PPV mega
#Reezal Merican Naina Merican
#PPV berskala besar
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pusat Pemberian Vaksin
#Bukit Jalil
#Stadium Nasional Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan