awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pra-Belanjawan 2026: Ekonomi catat pertumbuhan positif, rizab antarabangsa tertinggi sejak 2014 - Amir Hamzah

Asyraf Malik
Asyraf Malik
07/10/2025
11:20 MYT
Pra-Belanjawan 2026: Ekonomi catat pertumbuhan positif, rizab antarabangsa tertinggi sejak 2014 - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata ekonomi negara berkembang kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 4.4 peratus dalam separuh pertama 2025, dipacu sektor perkhidmatan dan pembuatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan pada 10 Oktober akan memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi ketidakpastian global, dengan mengambil kira pengalaman krisis lalu serta memperkukuh kedudukan semasa ekonomi negara.

Ringkasan AI
  • Belanjawan 2026 akan memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi ketidakpastian global, dengan mengambil iktibar daripada krisis kewangan Asia 1997 dan memperkukuh kedudukan ekonomi melalui disiplin fiskal, rizab kukuh dan reformasi berterusan.
  • Prestasi ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan kukuh dengan KDNK meningkat 4.4% dalam separuh pertama 2025, pelaburan diluluskan mencecah RM190 bilion, inflasi menurun kepada 1.3%, dan kadar pengangguran susut kepada 3%, terendah dalam lebih sedekad.
  • Belanjawan ini berteraskan prinsip persediaan jangka panjang, termasuk pelaksanaan subsidi bersasar BUDI95 yang menjimatkan RM4 bilion setahun untuk disalurkan kepada sektor pendidikan, kesihatan dan infrastruktur, serta fokus kepada bidang strategik seperti semikonduktor, tenaga, digital dan kewangan Islam.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata krisis kewangan Asia 1997 menjadi pengajaran penting dalam mengurus risiko berkaitan ekonomi negara.
"Kejatuhan ringgit, kehilangan pekerjaan dan ketidakstabilan isi rumah ketika itu mengajar kita bahawa disiplin, rizab dan reformasi adalah pelindung sebenar menghadapi sebarang 'musim dingin',” katanya dalam ucapan penutup Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2025, di sini pada Selasa.
Tambah Amir Hamzah, rizab antarabangsa Malaysia kini meningkat kepada AS$123.6 bilion (RM521 bilion) setakat 30 September 2025, paras tertinggi sejak tahun 2014.
Menyentuh prestasi semasa, Amir Hamzah berkata ekonomi negara berkembang kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 4.4 peratus dalam separuh pertama 2025, dipacu sektor perkhidmatan dan pembuatan.
"Pelaburan yang diluluskan bagi tempoh sama mencecah RM190 bilion, meningkat 18.7 peratus berbanding tahun lalu.
"Inflasi pula menurun kepada 1.3 peratus pada Ogos 2025, manakala kadar pengangguran susut kepada 3 peratus, terendah dalam tempoh lebih sedekad," jelasnya.
Demi memperkukuh ekonomi Malaysia, tumpuan kini diberikan kepada bidang strategik seperti semikonduktor, peralihan tenaga, inovasi digital dan kewangan Islam.
Tambah Amir Hamzah, Belanjawan 2026 ini berteraskan prinsip persediaan, bukan sekadar penyelesaian jangka pendek.
"Antara langkah utama termasuk BUDI95, bukan sahaja mengekalkan harga mampu milik untuk rakyat, malah menjimatkan sehingga RM4 bilion setahun untuk disalurkan semula kepada pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.
"Belanjawan ini bukan sekadar melindungi isi rumah daripada tekanan semasa, tetapi juga meletakkan asas kukuh untuk pertumbuhan masa hadapan, demi pekerjaan lebih baik, perniagaan lebih kukuh dan peluang lebih cerah untuk generasi akan datang," ujar Amir Hamzah.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
#pertumbuhan ekonomi
#KDNK
#Khazanah Megatrends Forum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan