awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
Parlimen harus perkukuh RUU Anti Lompat Parti untuk elak khianat mandat rakyat - Ronald Kiandee
Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prasarana diminta wujudkan jajaran MRT ke Puncak Alam, Kuala Selangor

Bernama
Bernama
22/07/2017
12:10 MYT
Prasarana diminta wujudkan jajaran MRT ke Puncak Alam, Kuala Selangor
Fasa kedua MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang yang dirasmikan Isnin lalu mendapat sambutan menggalakkan. - Bernama
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) diminta mengkaji kemungkinan mewujudkan jajaran baharu perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) ke Puncak Alam, Kuala Selangor dalam fasa akan datang.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata ia selaras dengan usaha menjadikan pekan Kuala Selangor sebahagian daripada proses transformasi pemodenan luar bandar berasaskan warga tempatan menjelang 2020.
"Saya bangkitkan (cadangan wujudkan jajaran) kepada wakil syarikat Prasarana sewaktu perasmian fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) baru-baru ini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri anjuran Irmohizam di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan perlu ada kajian berasaskan kependudukan berhubung perkara itu.
Dalam perkembangan lain, Irmohizam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkata LKIM dan Persatuan Nelayan Kebangsaan sedang giat mempromosikan ikan segar sejuk beku Q'Fish sebagai usaha mengatasi isu harga bekalan ikan yang dikatakan melambung.
Katanya Q'Fish adalah ikan segar yang telah dibekukan dan merupakan satu langkah memastikan bekalan ikan mencukupi melalui pewujudan stok simpanan secara sejuk beku.
Beliau juga meminta kerajaan mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani isu 'orang tengah' mengambil keuntungan dengan menaikkan harga ikan sewenang-wenangnya terutama pada musim perayaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Kuala Selangor
#Malaysia
#MRT
#prasarana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan