SANDAKAN: Prasarana yang masih pada tahap tidak memuaskan menyukarkan kerajaan negeri menarik pelabur besar adalah antara sebab utama pengangguran dan kemiskinan masih tinggi di Sabah.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kerajaan negeri peka dengan situasi berkenaan, justeru, menyiapkan projek prasarana terutama pembinaan Lebuhraya Pan Borneo menjadi usaha penting bagi menarik pelabur seterusnya merangsang pembangunan ekonomi negeri.
"Banyak pelabur jumpa kita (kerajaan negeri) untuk melabur berbilion ringgit di Sabah, tetapi tidak dapat kita merealisasikan sebab elektrik tidak baik, air kurang, jalan raya tidak baik.
"Tetapi kita tidak akan biarkan (masalah) ini berterusan. Kita akan melihat bagaimana Sabah dapat kita pacu dari segi lain, dari segi ekonomi supaya kemunduran ini dapat kita kurangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Aspirasi Kepulihan Negara peringkat negeri di sini malam tadi.
Bung Moktar, yang juga Menteri Kerja Raya Negeri berkata demikian ketika mengulas mengenai keluaran dalam negara kasar (KDNK) terbaharu yang menyatakan Sabah antara negeri dengan kadar pengangguran dan kemiskinan tertinggi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut memberitahu pihaknya telah meminta kerajaan Persekutuan untuk menambah jumlah pakej kerja projek pembinaan lebuh raya itu untuk dilaksanakan tahun depan bagi mempercepatkan penyiapan Lebuhraya Pan Borneo.
"Sekiranya dapat dilaksanakan tahun depan, bermakna dalam tiga tahun, jalan ini akan terus baik dan sudah tentu kita dapat memikirkan pula untuk pembangunan sumber air dan tenaga elektrik.
Mengenai Program Aspirasi Kepulihan Negara itu, Bung Moktar berkata kecekapan pasukan keselamatan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengawal ketat sempadan negara berjaya membanteras masalah pengedaran dadah, khususnya di timur Sabah.
Sementara itu, ditanya mengenai langkah diambil bagi menangani isu serangan buaya di Sabah, Bung Moktar berkata beliau sedar serangan reptilia berkenaan terhadap manusia semakin berleluasa menyebabkan kepercayaan bahawa bilangan mereka (buaya) mungkin melebihi jangkaan.
"Atau mereka mengalami kekurangan makanan dan kini keluar serta mula menyerang manusia. Kita tidak tahu. Walaupun tiada bilangan rasmi, tapi setiap malam di sepanjang Sungai Kinabatangan, kita boleh lihat beberapa pasang mata jika kita suluh ke arah kawasan itu," katanya.
Beliau telah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah telah menawarkan perkhidmatan untuk menangkap reptilia itu dan permohonan boleh dibuat kepada kementerian bagi membolehkan pemburu buaya tampil membantu menangkap reptilia sungai itu.
"Jadi, saya sentiasa mencari jalan menjemput atau memanggil pemburu profesional seperti di Sarawak untuk memastikan bilangan populasi buaya di Kinabatangan dapat dikurangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
Bung Moktar berkata kerajaan negeri peka dengan situasi berkenaan, justeru menyiapkan projek prasarana terutama pembinaan Lebuhraya Pan Borneo menjadi usaha penting bagi menarik pelabur. -Gambar fail/Bernama
Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal
Hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang.
Badut belon didakwa rogol, cabul remaja
Seorang badut belon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan November tahun lalu.
Jalan di Gua Musang digenangi air, terputus hubungan
Hujan berlanjutan selama sehari sejak petang Isnin menyebabkan beberapa laluan jalan dan jambatan di daerah Gua Musang, Kelantan terputus hubungan apabila dilimpahi banjir.
"Saya tak boleh jawab untuk menghormati mahkamah" - PM
"Saya tertakluk...saya boleh jawab... bagi masa lepas mahkamah. Saya akan bawa datang sini untuk jawab," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya YB Kota Bharu tentang Titah Adendum.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Titah Adendum tidak dibangkitkan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan dihadiri PM
Menurut Perdana Menteri, permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 8 Disember 2023. "Saya persembah kepada Tuanku atas alasan semua rakyat atau banduan berhak membuat permohonan dan kerana kedudukan Datuk Seri Najib adalah munasabah kalau diberi pertimbangan. Tuanku Agong memberi perkenan agenda tambahan, "Pada masa itu, dalam mesyuarat yang saya hadir tidak langsung bangkit isu kandungan Adendum yang dimaksudkan," jelas Anwar. #AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Barangan rumah Che Ta hampir RM100,000 disita, lelongan dalam masa terdekat
Selain penilaian harga barangan, writ turut diserahkan kepada ibu Rozita setelah pelakon berusia 51 tahun yang lebih kenali sebagai Che Ta itu tiada di rumah.
Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.
Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.