KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan anjakan paradigma dari segi kaedah penyelenggaraan pengangkutan rel seliaan Prasarana Malaysia Berhad yang lebih fokus kepada langkah pencegahan kerosakan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata pihaknya akan mengkaji antara lain masa operasi penyelenggaraan dan kejuruteraan yang lebih relevan bagi mengurangkan risiko kerosakan tren yang menyebabkan gangguan perkhidmatan dan menjejaskan pengguna.
"Satu daripada komponen dalam budaya penyelenggaraan adalah mempunyai waktu kejuruteraan yang lebih lama setiap hari, ini adalah satu komponen utama yang akan kami perkenalkan dalam operasi kami.
"Kami perlu melihat kepada tempoh kejuruteraan yang lebih panjang, ini bermakna kami mungkin menutup operasi sedikit awal mungkin setengah atau satu jam lebih awal untuk mempunyai masa penyelenggaraan dan kejuruteraan yang lebih lama, tetapi kami akan memberi notis yang mencukupi kepada penumpang untuk menerima pakai perubahan itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Min Kilometer Antara Kegagalan (MKBF) dan majlis rumah terbuka Hari Raya Prasarana Group di sini hari ini.
Dalam sidang media itu, Loke berkata beliau yakin Prasarana mampu mencapai sasaran MKBF sejauh satu juta kilometer bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya , LRT Laluan Ampang dan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang serta 150,000 kilometer untuk Monorel menjelang suku ketiga tahun 2026.
Loke berkata MKBF merupakan cara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk menilai kebolehpercayaan perkhidmatan yang diperoleh daripada purata jarak perjalanan kereta api sebelum kegagalan atau kerosakan yang menyebabkan kelewatan lebih daripada lima minit berlaku.
Katanya MKBF yang juga digunakan oleh pengendali kereta api di seluruh dunia termasuk di Singapura, Thailand dan Taiwan turut menjadi sebahagian dari KPI utama dan merupakan kaedah penilaian secara telus terhadap kemampuan MRT, LRT dan monorel untuk bergerak dan mengalami sebarang kerosakan.
"Laporan ini sememangnya disediakan Prasarana setiap bulan dan akan diserahkan kepada kementerian, namun kini laporan ini akan dipaparkan dalam talian (menerusi laman web dan media sosial) kepada umum," katanya.
Beliau berkata inisiatif itu juga dilihat sebagai kaedah yang lebih telus dalam usaha memperbaiki sistem pengangkutan awam dan pihaknya terbuka menerima pandangan daripada masyarakat dan mana-mana pihak berkepentingan yang boleh memantau prestasi perkhidmatan menerusi KPI itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Loke berkata pihaknya akan mengkaji antara lain masa operasi penyelenggaraan dan kejuruteraan yang lebih relevan bagi mengurangkan risiko kerosakan tren. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Keterjaminan Makanan: Tingkat kelangsungan bekalan beras negara
Untuk mengulas lanjut berkenaan industri padi beras negara, serta usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap sara diri, kita bersama dengan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Awani Pagi: PT3 dan UPSR: Ketinggalan zaman atau masih relevan?
Diskusi bersama Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai implikasi pengembalian PT3 dan UPSR serta kesan perubahan dasar pendidikan terhadap masa depan pelajar dan sistem pendidikan kita.
[Data & Statistik]: Industri padi & beras negara
Niaga AWANI berkongsi beberapa data penting yang memberi gambaran serta realiti sebenar berkenaan industri padi dan beras di negara ini.
UCL: Semusim menyepi, Liverpool kembali dengan aksi garang di San Siro
Mengubah suasana perlawanan, Ibrahima Konate menyamakan kedudukan pada minit ke-23 untuk menyempurnakan sepakan sudut Trent Alexander-Arnold.
Sultan Ibrahim berkenan mengadakan Lawatan Negara ke China
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan Lawatan Negara ke China dari 19 hingga 22 September ini atas jemputan Presiden Xi Jinping.
Pertanian: Menyingkap kisah pesawah muda pacu keterjaminan makanan
Isu keterjaminan makanan di Malaysia tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi melibatkan makanan ruji seperti beras. Astro AWANI, mendekati pesawah-pesawah muda, menyingkap kisah bagaimana golongan belia mampu terlibat aktif dalam industri ini, yang sebelum ini dianggap sebagai sukar dan tidak berbaloi.
[TERKINI] Ahli GISB didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya
Wartawan Kanan Astro AWANI, Firdaus Azil kini di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini pendakwaan terhadap seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).
Tupperware Bersedia Failkan Kebankrapan Akibat Hutang dan Permintaan Menurun
Tupperware, jenama ikonik bekas plastik, bersedia memfailkan kebankrapan selepas berdepan hutang mencecah $700 juta dan permintaan yang terus menurun, meskipun usaha penstrukturan semula dan pelantikan kepimpinan baharu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
Prasarana diarah kemuka laporan lengkap insiden tayar monorel terbakar - Anthony Loke
Prasarana diarah supaya mengemukakan laporan penuh berhubung insiden tayar monorel terbakar dan terjatuh di atas jalan raya di laluan Stesen Monorel Titiwangsa pada Selasa.
Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.
PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana
Tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi LRT, MRT, Monorel, Transit Aliran Bas atau bas henti-henti.
Gangguan perkhidmatan LRT: Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas
Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.
Banjir: Jumlah kerugian Taman Pertanian Negeri Sekayu mencecah RM1 juta
Banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana.
Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi di LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.
PRN Sabah: Sepak, tukar sahaja jika tidak laksana tanggungjawab - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan semua pemimpin BN perlu melaksanakan amanah diberikan kepada mereka dengan memberi yang terbaik untuk rakyat.
Liga-M perlukan Kelantan saingi JDT - Norizam
Ahli perniagaan itu memasang hasrat besar selepas melengkapkan proses pemilikan bekas juara 'treble' 2012 berkenaan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada Khamis lalu.
Fasiliti kesihatan lengkap penting bagi operasi penjara, pusat tahanan
Langkah meletakkan doktor bertauliah sebagai sebahagian daripada operasi di pusat tahanan adalah baik kerana mereka boleh memberi respons segera.