awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premier Sarawak seru kestabilan dan kerjasama di Laut China Selatan

Bernama
Bernama
13/08/2025
20:00 MYT
Premier Sarawak seru kestabilan dan kerjasama di Laut China Selatan
Abang Johari menerima cenderamata daripada Amran Mohamed Zin (kiri) pada Majlis Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN-China ke-24. - Foto BERNAMA
KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru ASEAN dan China untuk kekal teguh memastikan Laut China Selatan sebagai rantau yang aman dan makmur, dengan menekankan kepentingan kerjasama konstruktif dan kestabilan.
Berucap pada majlis makan malam gala sempena Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN-China Ke-24 Mengenai Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) di sini malam ini, beliau berkata perhimpunan itu melambangkan usaha kolektif untuk merealisasikan komitmen bersama demi kesejahteraan rantau ini.
"Rantau ini adalah rumah kita bersama dan kita memikul tanggungjawab memastikan ia kekal sebagai laut yang aman dan makmur," katanya.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
Abang Johari mengimbas semangat Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) yang diilhamkan oleh Persidangan Bandung pada 1955 dan dipromosikan oleh tokoh-tokoh seperti Soekarno dari Indonesia, Jawaharlal Nehru dari India dan Zhou Enlai dari China, yang kekal subur dalam ASEAN sehingga ke pada Rabu.
Beliau turut melahirkan rasa bangga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat berkenaan, sambil menegaskan penyertaan negeri itu adalah sebahagian daripada peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.
"Lebih 30 kumpulan etnik hidup bersama dalam suasana aman, harmoni dan saling menghormati di Sarawak. Itulah kekuatan kami, perpaduan dalam kepelbagaian," katanya, sambil menambah keindahan semula jadi, kepelbagaian biodiversiti serta warisan budaya negeri berkenaan mencerminkan keharmonian antara manusia dan alam.
Sementara itu, Amran dalam ucapannya sebelum itu berkata Sarawak sedang pesat membangun sebagai pusat pertumbuhan utama rantau ini, dengan kemajuan ketara dalam kerjasama ekonomi, pembangunan mampan dan teknologi hijau.
"Dengan penekanan kepada kesalinghubungan tenaga, pengurusan alam sekitar dan inovasi perindustrian, negeri ini bukan sahaja seiring dengan perkembangan serantau tetapi turut memainkan peranan utama membentuk masa depan pertumbuhan mampan ASEAN.
"Peranan Sarawak yang semakin menonjol jelas dilihat melalui kepimpinan negeri ini dalam usaha mengintegrasikan Borneo ke dalam Grid Kuasa ASEAN," katanya, sambil menambah Sarawak mempunyai potensi besar untuk ditawarkan bukan sahaja kepada ASEAN, malah di peringkat global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg
#kestabilan dan kerjasama
#Laut China Selatan
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan