awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis dikendali warga asing, 291 kes diambil tindakan - MBSP

Bernama
Bernama
27/12/2023
06:05 MYT
Premis dikendali warga asing, 291 kes diambil tindakan - MBSP
Anggota penguat kuasa MBSP yang melakukan pemantauan secara berkala di pekan Bukit Mertajam mengesan sebuah premis disyaki dikendalikan warga asing. - Gambar/ MBSB
BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 291 kes melibatkan premis yang disyaki dikendalikan warga asing telah diambil tindakan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sekitar Seberang Perai, di sini, sepanjang tahun ini.
MBSP dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu merupakan hasil pemeriksaan dan siasatan ke atas 208 premis menerusi operasi penguatkuasaan yang dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.
"Daripada 291 kes yang diambil tindakan, sebanyak 151 kes diberikan notis, 99 dikompaun, lima kes membabitkan tindakan rampasan serta sitaan, manakala 36 kes lagi penutupan premis," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, anggota penguat kuasa MBSP yang melakukan pemantauan secara berkala di pekan Bukit Mertajam semalam, turut mengesan sebuah premis yang disyaki dikendalikan warga asing.
Menurut MBSP hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis itu tidak mematuhi syarat pelesenan yang ditetapkan.
"Sehubungan itu, tindakan tegas telah diambil anggota penguat kuasa dengan mengeluarkan kompaun, selain sitaan premis perniagaan serta-merta kerana melanggar syarat pelesenan MBSP," menurut kenyataan itu.
MBSP juga mengingatkan peniaga di Seberang Perai supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa dan tindakan penguatkuasaan secara berkala akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi melindungi pengguna.
Menurut kenyataan itu, sebarang aktiviti perniagaan tanpa kebenaran oleh warga asing adalah tidak dibenarkan dan pemilik lesen premis warga tempatan diingatkan untuk tidak meminjamkan atau menggunakan lesen atas namanya bagi menyokong aktiviti perniagaan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seberang Perai
#warga asing
#salah guna lesen
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan