awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis lombong bitcoin diserbu, tujuh ditahan

Bernama
Bernama
17/08/2024
14:45 MYT
Premis lombong bitcoin diserbu, tujuh ditahan
ACP Wan Kamarul Azran berkata kesemua suspek ditahan secara berasingan dalam operasi mengesan kegiatan melombong bitcoin haram dengan mencuri bekalan elektrik. - Bernama
SEPANG: Polis menahan tiga lelaki tempatan dan empat warga asing disyaki terbabit dalam aktiviti melombong mata wang digital atau bitcoin dengan mencuri bekalan elektrik di daerah ini menerusi Op Khas di Bandar Baru Salak Tinggi dan Taman Putra Perdana di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kesemua suspek berusia 30 hingga 74 tahun itu ditahan secara berasingan dalam operasi mengesan kegiatan melombong bitcoin haram dengan mencuri bekalan elektrik.
Dalam kenyataan malam ini, katanya antara barangan dirampas dalam Ops Khas itu termasuk 52 buah mesin bitcoin,dua buah kenderaan, tiga buah komputer riba dan tujuh buah telefon bimbit.
"Jumlah rampasan adalah bernilai RM250,000. Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.
Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong bitcoin
#serbuan
#polis
#Op Khas
#tujuh ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan