MALAYSIA
Presiden baharu PPj fokus penambahbaikan, penguatkuasaan berkesan
Mohd Sakeri (tengah) meninjau kebersihan di kawasan komersial semasa Operasi Bersepadu PPJ untuk meningkatkan kepatuhan terhadap penguatkuasaan kesihatan awam dan kebersihan premis di Presint 15, Putrajaya, 4 Dis 2025. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) yang baharu Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir menegaskan fokus utama kepimpinannya adalah memperkukuh aspek penambahbaikan kebersihan, keberadaan pegawai di lapangan serta memastikan penyelenggaraan infrastruktur dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Beliau berkata PPj perlu memastikan mutu perkhidmatan sentiasa berada pada standard terbaik kerana masyarakat serta pemegang taruh mempunyai tahap jangkaan yang tinggi berhubung pusat pentadbiran kerajaan berkenaan.
"Saya melihat kehadiran pegawai di lapangan sangat penting, bukan untuk mencari kesalahan tetapi memberi peringatan dan bimbingan secara berhemah supaya kesejahteraan pelanggan dapat dijaga," katanya kepada Bernama selepas mengetuai Operasi Bersepadu Kesihatan dan Kebersihan Premis PPj di sini semalam.
Mohd Sakeri, yang memasuki minggu ketiga menerajui PPj berkata beliau sedang meneliti secara mendalam operasi PPj sebelum memperincikan sebarang pembaharuan.
"Apa yang dibangunkan oleh tujuh presiden sebelum ini sudah kukuh. Peranan saya adalah memastikan kesinambungan itu diteruskan dengan lebih baik serta mengenal pasti ruang penambahbaikan," katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan penyelenggaraan infrastruktur yang berkala bagi memastikan aset awam terus berfungsi dalam tempoh lebih panjang dan memberi manfaat kepada warga Putrajaya.
Terdahulu, Mohd Sakeri mengetuai Operasi Bersepadu Kesihatan dan Kebersihan Premis melibatkan Pejabat Kesihatan Putrajaya, Jabatan Wilayah Persekutuan serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Pemeriksaan tertumpu kepada aspek kebersihan premis makanan, pematuhan penjualan produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape serta penguatkuasaan terhadap premis komersial yang berisiko menjejaskan kesihatan awam.
Sebanyak 38 premis diperiksa dan hasil operasi, sebanyak 15 kompaun serta 22 notis amaran dikeluarkan.
-- BERNAMA