Presiden China Xi Jinping berkata Malaysia mengadaptasikan cara terbaik - penuh berdiplomasi untuk menangani isu pertikaian Laut China Selatan yang menekankan kepada perbincangan daripada berkonfrontasi atau penglibatan hubungan kerja antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Xi mengakui bahawa cara dan pendekatan yang dipilih oleh Malaysia adalah yang terbaik, iaitu secara berdiplomasi dan banyak menekankan perbincangan daripada memilih untuk berkonfrontasi atau perhubungan antarabangsa, katanya.
Bercakap kepada wartawan Malaysia, Najib berkata Xi telah melahirkan penghargaan atas usaha yang dilakukan Malaysia berhubung isu itu.
Sebelum itu, pada Isnin, Najib mengadakan mesyuarat dua hala dengan Xi di Great Hall of the People sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama EKonomi Asia Pasifik (APEC) 2014.
Najib berkata Xi juga melahirkan harapan agar Malaysia boleh menawarkan nasihat bagi memerangi extremisme yang begitu menjadi-jadi di negara ini.
Apa-apa kerjasama kami boleh berikan, kita boleh bantu supaya negara China stabil dan tidak ada konflik dalaman, katanya.
Mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang itu, Najib berharap sentimen negatif rakyat China terhadap Malaysia boleh ditangani melalui kerjasama dengan kerajaan China dalam usaha untuk menarik pelancong China untuk melawat semula Malaysia.
Xi berkata ini merupakan sesuatu yang akan terjadi, dan berpendapat bahawa ini merupakan keadaan yang sementara dan sentimen tersebut boleh dipulihkan dengan hubungan antara pemimpin dan kerajaan yang begitu positif, kata Najib.
Berhubung pembinaan Xiamen University kampus cawangan Malaysia, Najib berkata China akan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung bantuan kewangan untuk kerja-kerja pembinaan.
Xiamen University, satu daripada universiti terkemuka di China telah membuka cawangan seberang lautnya yang pertama di Malaysia dengan pembinaannya bermula 17 Okt dan dijangka memulakan operasi pada Sept 2015.
Najib berkata semasa mesyuarat dua hala itu, presiden China telah melahirkan harapan bagi menjalin kerjasama lebih rapat mengenai pertahanan.
Diharapkan eksesais rundingan itu akan diadakan tidak lama lagi, mungkin boleh melakukan eksesais dua hala antara China dan Malaysia.
Dan China bersetuju mengambil bahagian dalam pameran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) secara besar-besaran, katanya.
Sementara itu, Najib telah memanjangkan jemputan kepada Perdana Menteri China Li Keqiang untuk melawat Malaysia tahun depan memandangkan Li belum lagi melawat Malaysia selepas menjadi perdana menteri China.
Bernama
Tue Nov 11 2014
NAJIB: Presiden Xi mengakui bahawa cara dan pendekatan yang dipilih oleh Malaysia adalah yang terbaik, iaitu secara berdiplomasi dan banyak menekankan perbincangan. - Foto Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.