awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden China Xi Jinping ucap tahniah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022

Bernama
Bernama
31/08/2022
08:02 MYT
Presiden China Xi Jinping ucap tahniah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022
Xi berkata taraf kehidupan rakyat Malaysia bertambah baik dan peranan yang dimainkan Malaysia dalam hal ehwal serantau serta antarabangsa semakin meningkat. - Gambar fail
BEIJING: Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada Rabu.
Dalam perutusan tahniah itu, Xi berkata Malaysia telah mencapai kejayaan yang besar dalam pembangunan negara.
Beliau berkata taraf kehidupan rakyat Malaysia bertambah baik dan peranan yang dimainkan Malaysia dalam hal ehwal serantau serta antarabangsa semakin meningkat.
BACA KANDUNGAN EKSKLUSIF ASTRO AWANI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2022, DI SINI
Xi berkata China dan Malaysia, dua negara jiran yang sememangnya rapat sejak sekian lama dan hubungan bilateral terus berkembang dengan konsisten.
"Kedua-dua negara bersinergi menggariskan pelan tindakan pembangunan pasca pandemik, sekali gus memberikan sumbangan positif kepada kemakmuran dan kestabilan serantau," katanya.
Xi turut menekankan bahawa beliau amat menitikberatkan perkembangan hubungan China-Malaysia.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk berusaha bersama-sama Al-Sultan Abdullah bagi memperkukuh kesalingpercayaan politik, mengintensifkan kolaborasi dalam pelbagai bidang, dan menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang ke arah pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib yang turut membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan 2022
#Presiden China
#Xi Jinping
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan