MALAYSIA
Presiden Guinea-Bissau tanam pokok Merbau di Taman Botani Perdana
Presiden Embalo mengakhiri lawatan tiga harinya dengan menanam pokok Merbau, pokok kebangsaan Malaysia. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dengan acara menanam pokok Merbau di Taman Botani Perdana di sini hari ini.
Ringkasan AI
Ketibaan Presiden Embalo dan delegasinya di Taman Botani Perdana pada kira-kira 10.10 pagi disambut oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Sejurus selesai menanam pokok Merbau, atau nama saintifiknya Intsia palembanica itu di Laman Perdana, beliau kemudiannya meluangkan kira-kira 10 minit meninjau keindahan sekitar Taman Botani Perdana dengan menaiki kenderaan bugi.
Pokok Merbau diangkat sebagai pokok kebangsaan Malaysia pada Ogos 2019.
Presiden Embalo yang tiba di Malaysia Selasa lepas diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra semalam, disusuli dengan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia dan Guinea-Bissau menjalin hubungan diplomatik pada November 1974.
Hubungan dua hala antara kedua-dua negara kekal mesra, berteraskan komitmen bersama terhadap kerjasama di peringkat dua hala dan pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Acara simbolik di Taman Botani Perdana: Presiden Embalo mengakhiri lawatan tiga harinya dengan menanam pokok Merbau, pokok kebangsaan Malaysia, sebagai tanda persahabatan antara kedua-dua negara.
- Hubungan diplomatik yang erat: Malaysia dan Guinea-Bissau telah menjalin hubungan diplomatik sejak November 1974, dengan kerjasama dalam pelbagai platform antarabangsa seperti PBB, OIC dan NAM.
- Perjumpaan dengan pemimpin Malaysia: Presiden Embalo diberikan sambutan rasmi dan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta peluang kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.