PUTRAJAYA: Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier akan memulakan Lawatan Negara tiga hari (16-18 Feb) ke Malaysia hari ini, sebagai sebahagian usaha berterusan mengukuhkan hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Jerman.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan lawatan Steinmeier itu, akan memberikan peluang terbaik kepada Malaysia dan Jerman untuk mengukuhkan lagi hubungan baik serta kerjasama pelbagai bidang antara kedua negara.
"Lawatan Negara ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Berlin dan menyediakan satu asas kukuh untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi," menurut kenyataan Wisma Putra hari ini sempena lawatan tersebut.
Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU). Pada 2022, nilai pendapatan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 10.9 peratus berjumlah RM59.87 bilion berbanding RM53.99 bilion (US$13.03 bilion) pada 2021.
Lawatan Steinmeier dan isteri Elke Budenbender, akan diiringi oleh pegawai kanan, ahli perniagaan dan media.
Kenyataan Wisma Putra itu memaklumkan pada lawatan itu, Steinmeier dan delegasinya dijangka akan mengadakan lawatan ke Pulau Pinang dan Sarawak.
Lawatan Negara terakhir presiden Jerman ke Malaysia ialah 26 tahun lepas, iaitu pada April 1997.
Steinmeier akan diberikan Sambutan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di perkarangan Parlimen, esok (17 Feb).
Selepas majlis itu, Steinmeier dijangka menerima kunjungan hormat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, dengan kedua-dua pemimpin itu dijangka akan membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Sejurus itu, Steinmeier dijadual untuk mengadakan kunjungan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, diikuti Majlis Santapan Negara bagi meraikan presiden Jerman itu dan delegasinya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier akan memulakan Lawatan Negara tiga hari (16-18 Feb) ke Malaysia hari ini, sebagai sebahagian usaha berterusan mengukuhkan hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Jerman. - Gambar fail/REUTERS
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Presiden Jerman bertemu PM Anwar di Putrajaya
Steinmeier disambut oleh Anwar sejurus tiba di Perdana Putra pada kira-kira pukul 5.15 petang.
Presiden Jerman diberi sambutan negara di Dataran Parlimen
Ketibaan Frank-Walter Steinmeier dan isteri di Parlimen disambut Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Presiden Jerman tiba untuk lawatan negara tiga hari ke Malaysia
Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia sehingga Sabtu ini.
Presiden Jerman adakan Lawatan Negara ke Malaysia bermula hari ini
Ia sebagai sebahagian usaha berterusan mengukuhkan hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Jerman.
Presiden Jerman terkejut dengan insiden tembakan di Munich
Presiden Jerman Joachim Gauck berkata beliau terkejut dengan insiden tembakan di Munich yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 individu maut.