[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Faida Rahim 02/05/2025 | 01:30 MYT
Osmani memeriksa pasukan kawalan kehormatan daripada 103 anggota dan tiga pegawai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu diberi sambutan rasmi negara dalam lawatan sulung beliau ke Malaysia dalam satu majlis di Bangunan Perdana Putra, di sini, pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan beliau pada pukul 9 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Osmani kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormatan daripada 103 anggota dan tiga pegawai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Menurut Wisma Putra, kedua-dua pemimpin akan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Anwar dan Osmani Mereka juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.
Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Oktober 2008 sekali gus tampil sebagai negara Asia pertama yang berbuat demikian.
Hubungan diplomatik pula diwujudkan secara rasmi pada 18 Mac 2011.
Pada 2024, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kosovo mencecah RM28.55 juta (AS$6 juta) dengan eksport negara ke republik itu sebanyak RM25.92 juta (AS$5.5 juta) dan import RM2.63 juta (AS$550,000).
Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit,produk elektrik dan elektronik serta barangan perkilangan manakala import dari Kosovo kebanyakannya terdiri daripada bahan mentah dan batu permata.
#Presiden Kosovo #Dr Vjosa Osmani Sadriu #PM Anwar Ibrahim #lawatan rasmi #Bangunan Perdana Putra