awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pertikai pelantikan Leftenan Jeneral, Pas beri amaran tindakan disiplin
MALAYSIA
Laluan masuk Plaza Tol Ayer Hitam ditutup susulan tumpahan kimia
DUNIA
Iran umum penarikan semula sekatan internet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Presiden Kyrgyz berlepas pulang selepas lawatan rasmi dua hari ke Malaysia

Bernama
Bernama
25/06/2025
12:00 MYT
Sponsor Banner
Presiden Kyrgyz berlepas pulang selepas lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov melambaikan tangan sebaik menamatkan Lawatan Rasminya selama dua hari di Malaysia di Kompleks Bunga Raya hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Pesawat khas yang membawa Zhaparov dan delegasinya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 6.18 petang.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada Zhaparov dan delegasi.
Kawalan kehormatan diberikan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) semasa upacara pelepasan di Kompleks Bunga Raya KLIA.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Zhaparov ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden pada Januari 2021 dan diadakan sebagai kunjungan balas kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Kyrgyz pada Mei 2024.
Dalam lawatan itu, Zhaparov dan Anwar mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga boleh baharu dan tenaga hijau, industri halal, komoditi pertanian, pelancongan, pendidikan dan bantuan pembinaan kapasiti melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pelancongan, transformasi digital dan keselamatan siber, pendidikan tinggi, kesihatan, promosi perdagangan, kerjasama ekonomi serta kerjasama saintifik dan penyelidikan serta pertukaran nota dalam pembangunan belia serta latihan diplomat, termasuk surat hasrat (LoI) mengenai kerjasama perundangan.
Dalam sidang media bersama kemudian, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk bekerjasama membangunkan perbankan Islam dan meningkatkan perdagangan produk halal, dengan Malaysia menawarkan kepakarannya dalam kedua-dua sektor bagi membantu membangunkan kemudahan dan perkhidmatan berkaitan di Republik Kyrgyz.
Kedua-dua pemimpin juga bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Zhaparov turut melakukan lawatan singkat ke Parlimen Malaysia, dengan beliau mengadakan perbincangan dua hala selama kira-kira sejam bersama Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, sebelum melawat Menara Berkembar Petronas.
Pada 2024, Republik Kyrgyz merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai RM40 juta (USD8.74 juta).
Eksport utama Malaysia ke republik berkenaan termasuk produk elektrik dan elektronik, minyak sawit, produk pertanian berasaskan minyak sawit dan jentera, kelengkapan serta alat ganti manakala import utama Republik Kyrgyz terdiri daripada bahan kimia dan produk kimia, produk elektronik serta makanan diproses.
Malaysia dan Republik Kyrgyz menjalin hubungan diplomatik pada 21 Mei 1992 selepas Kyrgyzstan memperoleh kemerdekaan susulan pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Republik Kyrgyz
#Sadyr Zhaparov
#berlepas pulang
#lawatan rasmi ke Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami