awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aliff Syukri komen ‘hahaha’, peguam bekas menteri mohon ‘gag order’ hina mahkamah
Lima kes rasuah dihadapi Shamsul Iskandar dibicarakan bersama
Polis Sabah rampas dadah lebih RM1 juta disembunyi dalam 'sasaban'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Nausedia menang pilihan raya presiden Lithuania

Bernama
Bernama
27/05/2024
04:50 MYT
Presiden Nausedia menang pilihan raya presiden Lithuania
Nauseda mengumpulkan 74.43 peratus sokongan pengundi manakala Simonyte menduduki tempat kedua dengan 24.06 peratus. - Gambar/ Reuters
VILNIUS: Penyandang Presiden Gitanas Nauseda telah memenangi pilihan raya presiden Lithuania, menewaskan pesaingnya Ingrida Simonyte dalam pusingan kedua pada Ahad, menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (VRK) negara itu.
Data terkini yang diumumkan oleh VRK menunjukkan bahawa di 1,895 stesen, Nauseda mengumpulkan 74.43 peratus sokongan pengundi manakala Simonyte menduduki tempat kedua dengan 24.06 peratus.
Nauseda telah mengisytiharkan kemenangannya apabila beliau memperoleh penggal kedua selama lima tahun.
"Mereka (rakyat Lithuania) telah memberi saya mandat kepercayaan yang besar dan saya sedar bahawa saya perlu menghargai kepercayaan ini," Xinhua memetik beliau sebagai memberitahu Baltic News Service (BNS) di Vilnius.
Simonyte, penyandang perdana menteri, mengakui kekalahannya dan mengucapkan tahniah kepada Nauseda atas kemenangannya, lapor BNS.
Pusingan kedua pilihan raya pada Ahad diadakan selepas tiada calon yang memperoleh lebih separuh daripada undi dalam pusingan pertama pada 12 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lithuania
#pilihan raya presiden
#presiden
#Gitanas Nauseda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan