SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Han Duck Soo menikmati hidangan makanan laut semasa mesyuarat makan tengah hari mingguan mereka pada Isnin bagi mempromosi keselamatan makanan laut susulan pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke lautan.
Makanan laut juga dihidangkan di kafeteria pejabat presiden, kata pejabat presiden.
Pejabat presiden berkata pelbagai jenis makanan laut akan dihidangkan di kafeteria sepanjang minggu, bermula dengan hirisan ikan mentah dan ikan tenggiri panggang pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap.
"Jumlah orang yang makan di kafeteria hari ini 1.5 kali lebih lebih ramai daripada biasa, termasuk ramai kakitangan yang membatalkan janji temu makan tengah hari mereka untuk makan di kafeteria," kata pejabat presiden dalam satu nota kepada pemberita.
Setiausaha kanan presiden bagi hal ehwal politik Lee Jin Bok dan setiausaha kanan akhbar Kim Eun Hye adalah antara yang menjamu selera, katanya. Kafeteria kehabisan ikan mentah awal kerana permintaan yang tinggi.
Keselamatan makanan laut menjadi isu utama selepas Jepun mula melepaskan air sisa radioaktif terawat ke lautan sejak minggu lepas dari loji kuasa nuklear Fukushima yang lumpuh, yang menurut kerajaan Jepun pelepasan itu tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan selagi ia dilakukan dengan cara yang selamat dari segi saintifik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Makanan laut juga dihidangkan di kafeteria pejabat presiden, kata pejabat presiden. - Gambar hiasan/REUTERS
MB Pahang selesai jalani pembedahan di IJN
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah selesai menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara hari ini.
Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Malaysia,China setuju teliti cadangan kerangka keselamatan nasional
Kedua-dua negara turut menyatakan komitmen untuk menerokai dan menerajui kerjasama ASEAN China Gulf Cooperation Council (GCC) dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosial.
AWANI Ringkas: 4 kematian jemaah haji Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Ekonomi dan kemampanan tenaga
Kementerian Ekonomi akan terus memberi tumpuan untuk membina kemampanan tenaga negara menjelang 2050.
China, Kyrgyzstan, Uzbekistan meterai perjanjian projek rel
China, Kyrgyzstan, dan Uzbekistan memeterai perjanjian antara kerajaan untuk pembinaan projek rel yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Digital bank: Peluang pembiayaan lebih cekap untuk PKS
Ketua Jabatan, Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Mohd Shahid Mohd Noh berkata, bank digital bukan sahaja dapat memperkasa Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PMKS, tetapi mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.
Draf pindaan Akta 50 dikemuka kepada AGC untuk semakan - Dr Dzulkefly
Draf Rang Undang-undang pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) telah siap dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan.
Wujudkan surhanjaya dan akta khusus untuk memantau kualiti
Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi menekankan perlunya inisiatif kerajaan dan kerjasama dengan industri untuk memajukan TVET sebagai pemangkin ekonomi negara. Beliau juga menekankan tentang kepentingan dan cabaran TVET di Malaysia, serta langkah-langkah strategik untuk memperkasakannya, termasuk penubuhan Majlis dan Suruhanjaya TVET Negara.
Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada minggu depan.
Kelayakan Piala Dunia: Son Heung-min santai ledak dua gol ke atas Singapura
Son Heung-min muncul wira Korea apabila menghancurkan Singapura dengan keputusan akhir 7-0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Pelancong Korea kini boleh imbas QR DuitNow untuk pembayaran di Malaysia
Usahasama antara BC Card dan PayNet ini sekali gus akan merancakkan lagi kaedah pembayaran kedua negara tanpa memerlukan pertukaran mata wang.
Korea Selatan gantung pakatan ketenteraan 2018 dengan Korea Utara berikutan insiden belon
Keputusan ini dibuat berikutan insiden terkini Korea Utara yang melancarkan belon berisi sampah ke Korea Selatan.
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.
M Nasir akui pernah putus asa, kecewa industri seni tempatan tidak sebaris Korea Selatan
Kata M Nasir, tanpa fasa jatuh dan bangun, tidak mungkin dia berada di tahap sekarang.
Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.